Realtime website trackingweb stats

Ronaldo kalah dengan Arif Aiman dalam senarai penjaring terbanyak

Oleh ARIF ABDULLAH

Pemain lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mendapat pengiktirafan baharu

apabila kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.

Rekod itu meninggalkan bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo yang hanya berada di tangga kesembilan.

Selepas empat perlawanan setakat ini, Arif Aiman telah menjaringkan empat gol untuk berkongsi tangga kedua dengan empat pemain lain.

Menurut Berita Harian, bintang JDT itu kini sebaris dengan Aleksandr Mitrovic dan Salem Al-Dawsari (Al-Hilal), Soufiane Rahimi (Al-Ain) dan Taisei Miyashiro (Vissel Kobe).

Ronaldo kalah dengan Arif Aiman dalam senarai penjaring terbanyak

Tidak keterlaluan jika ‘output’ jaringan di ACLE sahaja diambil kira, Arif Aiman sebenarnya sudah mengatasi nama besar lain seperti bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino dan Pemain Terbaik Piala Asia 2023, Akram Afif.

Sebagai rekod, nama besar seperti Riyad Mahrez meledak tiga gol sementara Firmino pula dua gol buat Al-Ahli, Ronaldo pula baru menghasilkan dua gol untuk Al-Nassr sementara dua gol disumbangkan Akram Afif bersama Al-Sadd bagi kempen ACLE setakat ini.

Baca juga: Siapa sangka minum air kosong terlalu banyak boleh membawa padah, ini kesan ramai tak tahu