Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) kini sedang berada di dalam proses membangunkan aplikasi
Aplikasi di namakan ‘Jodoh Darul Iman’ untuk membantu rakyat negeri itu mencari pasangan.
Perkara itu dimaklumkan YKPT menerusi satu hantaran di platform Facebook yang mana
Program pembangunan aplikasi jodoh berkenaan dikatakan sudah hampir siap sepenuhnya untuk digunakan.
Jelas YPKT, aplikasi yang direka khusus untuk membantu rakyat Terengganu mencari pasangan secara percuma itu dibangunkan dengan kerjasama syarikat Top IT Industries Sdn. Bhd.
“Pada 3 November lalu, satu taklimat mengenai pelaksanaan program aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ telah diadakan di Bilik Mesyuarat 2 di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
“Taklimat ini bertujuan untuk melihat perkembangan terkini aplikasi tersebut yang sudah mencapai tahap 97 hingga 98 peratus siap. Aplikasi Jodoh Darul Iman ini dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd.
“Aplikasi ini direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma. Dalam taklimat tersebut, pelbagai penambahbaikan telah dibincangkan,” kata YPKT.
Difahamkan, perbincangan mengenai penambahbaikan itu dibuat dengan tujuan memastikan aplikasi tersebut berfungsi dengan lebih baik dan memenuhi keperluan pengguna.
Taklimat tersebut turut dihadiri oleh beberapa wakil dari YPKT termasuklah Ahli Lembaga Yayasan itu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman iaitu Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus.
“Dengan pelaksanaan ini, diharapkan dapat membantu masyarakat Terengganu dalam membina hubungan yang lebih baik dan mengukuhkan institusi keluarga di negeri ini.” Ujar yayasan tersebut dalam hantaran itu.
Baca juga: