Selain rasanya yang sedap, khasiat buah durian juga sangat banyak untuk kesihatan berbanding dengan buah-buahan tempatan lain.
Namun, perlu diingatkan agar kita mengambilnya secara berpada-pada kerana manfaat tersebut
Ia juga boleh menjadi ‘racun’ jika diambil secara berlebihan, seperti yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Samhan.
1. Sifar Kolesterol dan Tinggi Lemak Tak Tepu (Lemak Baik)
Durian bebas daripada kolesterol, yang boleh menyebabkan penyumbatan jantung.
Lemak tak tepu dalam durian baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Tinggi Antioksidan
Antioksidan membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel yang boleh menyebabkan kanser.
3. Kaya Folic Acid dan Folate
Bagi mereka yang mengalami masalah kurang darah (anemia), durian sangat sesuai untuk penghasilan sel darah merah.
4. Tinggi Serat dan Fiber
Durian sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit kerana ia dapat melancarkan sistem penghadaman.
5. Mengandungi Tryptophan
Tryptophan adalah bahan yang diperlukan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Ia boleh membantu jika anda mempunyai masalah tidur (insomnia), kemurungan, dan dapat mengurangkan stres.
Walau bagaimanapun, durian boleh menjadi racun jika diambil secara berlebihan. Pakar nutrisi menasihatkan agar hanya mengambil 100 gram atau 2 ulas kecil durian setiap hidangan.
Antara mudarat jika diambil berlebihan adalah:
-Tinggi Kalori
Kalori yang tinggi boleh menyebabkan kegemukan.
-Tinggi Kandungan Gula
Ini berbahaya terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes dan mempunyai masalah buah pinggang.
-Gastrik
Durian akan membebaskan gas dan alkohol semasa proses pencernaan, menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan keradangan.
-Badan Jadi Panas
Tindak balas kimia dan proses metabolisme semasa penghadaman boleh menyebabkan badan menjadi panas dan tidak selesa.
Oleh itu, berpada-padalah ketika makan durian. Jangan gelojoh sehingga makan 5 biji sehari!
BACA: