Kebocoran di kawasan rumah sering menjadi masalah yang merungsingkan.
Ia biasanya disebabkan oleh atap yang bocor, dinding yang retak, atau saluran air yang tersumbat
Berikut adalah beberapa kawasan rumah yang sering mengalami kebocoran,
dan penyelenggaraan berkala diperlukan untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.
1. Kawasan Rumah Lama
Salah satu sebab utama kebocoran adalah rumah yang sudah lama. Jika anda berhasrat membeli rumah lama, kebocoran yang tidak dijangka mungkin berlaku pada bila-bila masa
. Rumah lama mungkin pernah diubah suai oleh pemilik terdahulu, yang kadangkala menyebabkan masalah kebocoran.
2. Dapur
Dapur adalah kawasan yang sering mengalami kebocoran, terutama di rumah pangsapuri. Kebocoran di dapur biasanya disebabkan oleh siling yang bocor kerana dapur unit di atas rumah anda.
Selain itu, peralatan seperti penapis air dan mesin basuh juga boleh menyebabkan kebocoran, terutama di bawah singki.
3. Kawasan Mesin Basuh
Mesin basuh sering menjadi punca kebocoran di rumah kerana paip sambungan dan saluran air yang dipasang.
Sambungan yang tidak dipasang dengan betul boleh menyebabkan air bertakung di sekeliling kawasan tersebut, yang boleh mengakibatkan kerosakan jika dibiarkan.
4. Penghawa Dingin
Penghawa dingin yang dipasang dengan tidak betul juga boleh menyebabkan kebocoran. Ini akan meninggalkan kesan tompokan air pada dinding atau siling.
Jika kawasan tersebut sering terdedah kepada air, ia boleh menyebabkan kerosakan yang memerlukan kos pembaikan.
5. Tandas
Tandas adalah satu lagi kawasan yang sering mengalami kebocoran, disebabkan kepala pancuran mandian atau faucet yang rosak atau tidak dipasang dengan baik.
Kadangkala kebocoran berlaku di bahagian grout, yang memerlukan anda melakukan kerja menampal semula.
6. Siling
Siling adalah kawasan yang sering mengalami kebocoran, dan ia sangat jelas kelihatan apabila terdapat tompokan coklat akibat air bocor. Ini biasanya berpunca daripada kebocoran yang tidak ditangani dengan baik.
7. Bilik Tidur
Kebocoran juga boleh berlaku di bilik tidur, terutamanya di bilik ‘master’ yang mempunyai bilik mandi sendiri.
Kebocoran dari bilik mandi akan menjejaskan keadaan bilik tidur, yang memerlukan perhatian segera.