Pernah mencipta fenomena beberapa tahun lalu dengan jolokan ‘Mowgli Malaysia’ kerana keakrabannya
Dengan kerbau ternakan, perkembangan terbaharu Syukor Khamis menarik perhatian ramai.
Difahamkan, dia kini telah berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama 6 bulan
Di sebuah institut kemahiran di GiatMARA Terengganu berdasarkan perkongsian institut itu di laman Facebook.
Pada umur 14 tahun, Syukor Khamis yang ketika itu baru sahaja berusia 14 tahun mengecap populariti menerusi gambar-gambar ikonik yang dirakam jurugambar Dallah Deen.
Selepas bertahun-tahun berlalu, GiatMara berkongsi gambar terkini Mowgli Malaysia itu yang difahamkan ketika itu menyertai pertandingan servis motosikal yang diadakan di Melaka.
“Macam kenal. Mungkinkah dia? Raut wajah ini seperti insan dikenali yang pernah tular satu masa dahulu.
“Ya benar! Beliau adalah Syukor Khamis- ‘The Kampung Boy’ yang pernah tular bersama kerbau kesayangan sejak beliau masih kecil lagi.
“Memilih kemahiran membaiki motosikal sebagai pilihan, beliau bakal meneruskan legasi kepakaran dalam motosikal dengan bengkel yang dimiliki keluarganya,” demikian hantaran Facebook GiatMARA baru-baru ini.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan perkembangan terbaharu Syukor Khamis yang biasa disapa sebagai “adik Syukor” oleh warga maya.
Mereka juga seperti tidak sedar begitu pantas masa berlalu, sehinggakan adik Syukor yang dahulunya berbadan kecil kini sudah pun meningkat dewasa.
Baca juga: Punca tasik indah di Siberia berwarna merah jambu terjawab juga