Siapa yang tak kenal aiskrim Mokti’s? Aiskrim tempatan ini terkenal dengan keistimewaannya yang menggunakan gula daripada pokok nipah.
Tapi, tahukah korang bahawa perjalanan hidup pengasas aiskrim Mokti’s bermula dari hanya rasa mengidam untuk makan aiskrim?
Pengasas aiskrim Mokti’s ini tidak lain tidak bukan adalah Siti Fatiham Adnan, seorang pelajar UiTM dari Perlis.
Sebelum terjun ke dunia perniagaan aiskrim, beliau adalah seorang suri rumah di Bintulu, Sarawak.
Semasa berada di Sarawak, Fatimah terjumpa aiskrim gula apong yang hanya ada di negeri tersebut.
Apabila pulang ke kampung di Perlis pada tahun 2014, beliau sangat teringin untuk makan aiskrim itu tetapi tidak menjumpainya di Perlis.
Rasa teringin itu tidak boleh dipandang remeh; ia membuatkan Fatimah belajar untuk membuat aiskrim tersebut sendiri. Beliau kemudian membuka kedai pertama, Q Aiskrim, di Jejawi, Perlis. Dan percayalah, pembukaan kedai itu membawa pelbagai peluang untuk perniagaan Fatimah.
Pada tahun 2019, Fatimah memutuskan untuk menamakan aiskrimnya sebagai Mokti’s Aiskrim. Nama “Mokti” diambil dari panggilan Mok Fatimah oleh keluarga suaminya yang berasal dari Sarawak.
Hingga kini, Fatimah telah berjaya membuka berpuluh-puluh cawangan dan beberapa kilang untuk menyokong jenama Mokti’s. Yang paling terkini, beliau telah membuka cawangan di Istanbul.
Mokti’s tidak hanya menyediakan aiskrim, tetapi juga gelato, kopi, dan pelbagai jenis manisan yang sedap.
Kisah Fatimah ini sememangnya boleh menjadi inspirasi untuk kita semua. Dari sekadar rasa teringin, kini aiskrim Mokti’s telah menembusi pasaran Istanbul! Serius, kita boleh belajar banyak dari perjalanan hidupnya yang penuh inspirasi ini.
BACA: Ini cara mudah dapatkan iPhone 16 tanpa Kontrak, siap ada cashback