Realtime website trackingweb stats

Abdullah Hukum, ini latarbelakang disebalik nama yang selalu disebut dalam LRT ramai tak tahu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Korang mesti selalu dengar nama Stesen Abdullah Hukum bila naik LRT. Tapi, korang tahu siapa dia ni?

Abdullah Hukum, atau nama sebenarnya Abdullah Rukun, adalah orang yang bertanggungjawab

Meneroka penempatan di Sungai Putih, yang kini dikenali sebagai Kampung Haji Abdullah Hukum.

Kampung yang terletak di selatan sepanjang Jalan Bangsar ini berada di antara Stesen LRT Abdullah Hukum dan Sungai Klang.

Kawasan perkampungan ini dikelilingi oleh kawasan komersial lain seperti Bangsar, Mid Valley Megamall, The Gardens, Universiti Malaya, dan Kerinchi.

Abdullah Hukum, ini latarbelakang disebalik nama yang selalu disebut dalam LRT ramai tak tahu

Kampung Haji Abdullah Hukum merupakan penempatan awal masyarakat Melayu yang wujud sejak 200 tahun yang lalu.

Abdullah Hukum, yang berasal dari Kerinci, Sumatera, dibawa oleh bapanya berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu ketika berusia 15 tahun pada tahun 1850.

Haji Abdullah Hukum pernah mencari kerja di lombong bijih timah di Sungai Ujong, tetapi hasratnya tidak tercapai. Beliau kemudian membuat keputusan untuk pindah ke Kuala Lumpur.

Antara pekerjaan yang pernah dilakukan oleh Haji Abdullah Hukum adalah mengambil upah untuk membina tali air di Serambut (Batu 5 Gombak).

Haji Abdullah Hukum pernah menghadap Raja Laut dan meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan kebenaran kepada Haji Abdullah Hukum untuk membuka sebidang tanah di Pudu.

Ramai penduduk dari Kerinchi mendiami kawasan penempatan baru ini, yang kini dikenali sebagai kawasan Bukit Bintang.

Di Pudu, Haji Abdullah Hukum dan pengikut-pengikutnya telah menjalankan kegiatan bercucuk tanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih, dan pelbagai tanaman lain, termasuk juga padi.

Raja Mahmud pula memberikan surat kebenaran kepada Haji Abdullah Hukum untuk membuka kebun di Bukit Nanas, yang kini merupakan tapak Menara Kuala Lumpur.

Beliau juga mendapat perkenan dari Raja Laut dan ‘Maxwell’ untuk meneroka penempatan di Sungai Putih, yang sekarang dikenali sebagai Jalan Bangsar. Semasa di Sungai Putih, beliau membuka penempatan baru di Bukit Chandi Putra, yang kini menjadi Kompleks Angkasapuri.

Haji Abdullah Hukum berjaya menyatupadukan tiga kaum utama yang terdapat di situ iaitu Melayu, Cina, dan India.

Dengan kejayaan itu, Haji Abdullah Hukum telah menamakan jalan utama di situ sebagai ‘Jalan Bangsa’, yang kini dikenali sebagai ‘Jalan Bangsar’.

Sultan Abdul Samad memberikan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepada Haji Abdullah Hukum. Tanah ini terletak berhampiran Sungai Klang dan sangat strategik dari segi perhubungan serta sesuai untuk bercucuk tanam.

Penempatan ini dinamakan ‘Kampung Haji Abdullah Hukum’ dan terus menjadi tumpuan pengikut-pengikutnya sejak tahun 1890-an lagi.

BACA: Penat lauk cepat rosak? Ini cara simpan lauk tahan 6 bulan, 5 minit selesai