Realtime website trackingweb stats

Ini cara mudah dapatkan iPhone 16 tanpa Kontrak, siap ada cashback

Oleh AHMAD ISMAIL

Pelancaran iPhone 16 oleh Apple sememangnya dinantikan oleh peminat gajet dan pengguna setia jenama tersebut.

Kini, ia sudah boleh didapati di Malaysia, dan salah satu syarikat telekomunikasi yang menawarkan peranti tersebut ialah Yes 5G.

Yes Experience Store baru sahaja merasmikan pembukaan cawangan terbaru mereka di Sunway Pyramid pada 27 September

Dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung sepanjang hari tersebut.

Acara bermula jam 10 pagi dengan fokus utama pada aktiviti “Claw Your Way To The New iPhone”,

Ini cara mudah dapatkan iPhone 16 tanpa Kontrak, siap ada cashback

diikuti dengan persembahan tarian singa dan aktiviti bersama pempengaruh di Zon Gaming GeForce NOW.

Sekiranya kita biasa melihat mesin claw di arked yang menyediakan anak patung sebagai hadiah, acara “Claw Your Way To The New iPhone” ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi iPhone 16 dengan hanya RM1!

Selain iPhone 16, pelbagai hadiah lain turut disediakan seperti iPhone 15 dan iPhone 14, juga dengan hanya RM1. Tambahan lagi, popcorn diberikan secara percuma kepada para pengunjung sepanjang hari tersebut.

Promosi Istimewa Pembukaan

Bersempena pembukaan rasmi Yes Experience Store di Sunway Pyramid, pelanggan yang membuat sebarang transaksi dari 27 September hingga 31 Oktober 2024 akan berpeluang memenangi telefon pintar 5G.

Transaksi seperti pembelian kad SIM baharu, pembayaran bil, atau pendaftaran mana-mana pelan melayakkan anda untuk menyertai promosi ini, dengan dua pemenang dipilih setiap minggu.

Selain itu, dari 25 September hingga 1 Oktober 2024, terdapat pertandingan “Snap & Win” yang menawarkan peluang untuk memenangi Xiaomi 13T bernilai RM1,999. Untuk menyertai,

anda hanya perlu mengambil gambar kreatif di Yes 5G Photo Corner (Tingkat 1, bersebelahan Boardriders), memuat naiknya ke Instagram dengan tag @yes.5g dan sertakan #Yes5GSunwayPyramid sebelum 11.59 malam, 1 Oktober 2024.

Pastikan akaun Instagram anda adalah umum, dan ikuti @yes.5g. Pemenang akan diumumkan pada 8 Oktober 2024 di platform media sosial Yes 5G.

BACA: Teknik halau lipas, tapi cara ke-5 ini paling berkesan