Realtime website trackingweb stats

Tuang 1 cawan je, confirm tudung sekolah anak anda putih macam baharu!

Oleh FATIN AQILAH

Kotoran degil pada tudung sekolah dan baju anak pasti membuatkan ibu-ibu merasa buntu.

Setiap hari, mereka perlu menyental untuk menghilangkan kesan minyak tersebut.

Bagi menyelesaikan masalah ini, terdapat satu sabun yang boleh dibeli untuk menghapuskan segala kotoran yang melekat pada pakaian sekolah anak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama Aleya Sofea,

caranya sangat mudah kerana hanya memerlukan satu bahan utama sahaja.

Tuang 1 cawan je, confirm tudung sekolah anak anda putih macam baharu!

Anda hanya perlukan:

-Sabun jenama Badang
-Bekas
-Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Masukkan air ke dalam bekas. Lebih berkesan jika menggunakan air panas.
2. Campurkan satu cawan sabun Badang ke dalam bekas.
3. Rendam tudung sekolah dan pakaian anak ke dalam bekas.
4. Biarkan selama seketika. Air akan mula keruh dan tudung yang kotor akan kembali putih.
5. Setelah itu, angkat dan berus seperti biasa.
6. Bilas menggunakan air bersih dan jemur sehingga kering.

*Hasilnya akan lebih menakjubkan jika dibiarkan merendam semalaman.

Mudah je bukan? Tak perlu lagi pening kepala apabila melihat tudung dan baju sekolah anak kotor.
BACA: Ini hukum semua patut tahu sebelum buat, perlu wuduk ke baca al-quran di telefon?