Makluman dan amaran penting, anda semua dilarang merokok di 28 tempat ini di Malaysia.
Hal ini kerana Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], yang telah diwartakan pada
2 Februari lalu, telah berkuat kuasa serentak dengan peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya bermula 1 Oktober.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kesan buruk amalan merokok yang berleluasa,
termasuk aktiviti pemasaran dan promosi tidak beretika yang disasarkan kepada golongan kanak-kanak serta remaja.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, menyatakan bahawa langkah KKM mewartakan Akta 852
pada 2 Februari lalu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok, termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.
Mari lihat senarai 28 tempat larangan merokok yang disertakan di bawah Akta Kawalan Produk Tembakau 2004 (Akta 852), seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini.
1. Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino
2. Kawasan hospital atau klinik
3. Lif atau tandas awam
4. Tempat makan
5. Kedai berhawa dingin
6. Bangunan dobi
7. Bangunan hentian pengangkutan awam
8. Kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan
9. Kawasan premis kerajaan
10. Bangunan Parlimen Malaysia
11. Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
12. Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
13. Kawasan taman asuhan kanak-kanak
14. Kaunter perkhidmatan awam
15. Kompleks membeli-belah
16. Kawasan stesen minyak
17. Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
18. Kawasan kompleks sukan
19. Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
20. Kawasan perpustakaan
21. Kafe internet
22. Kawasan tempat latihan khidmat negara
23. Bangunan tempat kerja
24. Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka
25. Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
26. Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi, dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri
27. Di dalam bas sekolah
28. Di dalam kenderaan awam
BACA: Dengan hanya menghantar barang kepada penduduk sebuah pulau, lelaki raih pendapatan RM 22k sebulan