Realtime website trackingweb stats

Rezeki terpijak di ‘pasar’, disangka tiruan lelaki terkejut beli tali jam emas tulen!

Oleh FATIN AQILAH

Rezeki terpijak di pasar! Itulah nasib seorang lelaki apabila mendapati tali jam yang dibelinya di pasar karat rupanya bernilai tinggi.

Rupanya tali jam terpakai itu diperbuat daripada emas 999 dan beratnya mencecah lebih 28.6 gram!

Melalui perkongsian di laman Facebook, lelaki itu mendakwa bahawa emas yang terdapat pada tali jam tersebut adalah tulen selepas menjalani beberapa ujian.

“Rezeki terpijak beli tali jam dekat pasar karat, test ‘uji’ dekat rumah rupanya emas 999.”

“Mula-mula timbang 41.44 gram, lepas buang besi pendakap dapat 28.6 gram. Alhamdulillah!”

Rezeki terpijak di 'pasar', disangka tiruan lelaki terkejut beli tali jam emas tulen!

Pada hantaran yang sama, lelaki berkenaan turut berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan tali jam serta bukti ketulenan emas yang telah diuji.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak menyatakan lokasi pasar karat dan tarikh beliau membeli tali jam itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna teruja dengan rezeki yang diperoleh lelaki tersebut, dan masing-masing ingin mencuba nasib di pasar karat.

“Macam menang ‘jackpot’ kalau dapat emas macam ni. Lepas ini bolehlah rajin-rajin turun pasar karat, mana tahu dapat rezeki terpijak juga.”

Namun, ada juga pengguna yang menyoalkan tentang emas yang terdapat pada tali jam itu, seperti komen dari seorang pengguna dikenali sebagai Mohd Sani Soid.

“Mana ada emas 999 orang buat tali jam, tapi kalau betul memang ‘rare’ la.”

BACA: Rosak imej ikon solat subuh menari dengan Sophia Albarakbah, ini respon tuan badan