Realtime website trackingweb stats

KPKM Kumpul Data Kerugian Petani Akibat Banjir, Sedia Beri Bantuan

Oleh HADI KAMARUDIN

Maklumat dan jumlah kerugian yang dialami petani akibat banjir sedang dikumpul oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah yang diambil itu adalah untuk memberi bantuan kepada industri pertanian yang terjejas.

Katanya, maklumat tersebut belum siap sepenuhnya memandangkan musim tengkujuh biasanya berlarutan sehingga bulan Januari.

Beliau yang ditemui pemberita pada Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di D’Heritage Resort and Training Centre menjelaskan bahawa maklumat tersebut akan siap sepenuhnya selepas proses bancian oleh pegawai kementerian itu di setiap daerah.

Beliau berkata, kerugian akibat banjir tahun ini mungkin berkurangan berbanding tahun lalu, melihat kepada situasi banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang tidak berlaku secara besar-besaran.