Permaidani yang cantik di ruang tamu memberikan keselesaan dan keindahan kepada sesebuah kediaman.
Namun, setelah lama digunakan, kita sering menghadapi masalah di mana bahagian bucu karpet ‘terkepak’, bergulung ke atas, atau berkedut di tengah.
Keadaan ini bukan sahaja mengganggu pemandangan, tetapi juga boleh menyebabkan risiko kemalangan
akibat tersadung, terutama bagi kanak-kanak yang suka berlari di dalam rumah.
Untuk memastikan karpet kembali rata dan mengelakkan masalah ini berulang, terdapat satu kaedah yang boleh dilakukan
Kebiasaannya, kita mungkin mencuba untuk menggulung bucu karpet ke arah bawah, tetapi cara tersebut tidak memberi penyelesaian jangka panjang dan karpet akan kembali bergulung atau berkedut semula.
Seterika boleh digunakan sebagai alat untuk meluruskan semula karpet. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk meluruskan karpet bergulung:
1. Siapkan Kain Lembap
Ambil kain atau tuala yang telah dilembapkan. Pastikan kain tersebut tidak terlalu basah untuk mengelakkan kerosakan pada karpet.
2. Tekap pada Bahagian Terkepak
Tekap kain lembap tersebut pada bahagian karpet yang terkepak. Ini akan membantu melembapkan serat karpet dan memudahkan proses pelurusan.
3. Panaskan Seterika
Panaskan seterika untuk proses menggosok karpet. Pastikan suhu seterika tidak terlalu tinggi untuk mengelakkan kerosakan pada karpet.
4. Gosok dengan Kain Lembap
Gosokkan seterika di atas kain lembap yang diletakkan pada bucu karpet. Lakukan dengan lembut dan ulangi beberapa kali sehingga bahagian karpet yang terkepak itu kembali rata.
Menggunakan kain lembap sebagai alas semasa menggosok adalah kaedah yang efektif untuk melindungi karpet daripada rosak akibat suhu tinggi seterika.
BACA: Jangan makan hak orang lain, ini 8 situasi pembahagian faraid bila isteri meninggal