Legenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov, menjemput bintang Muay Thai negara, Johan Ghazali, untuk berlatih di gimnasiumnya di Dagestan, Rusia
, sekiranya Johan ingin beralih ke MMA (seni bela diri campuran).
Beliau berkata demikian semasa acara ‘Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024’ di ibu kota hari ini,
selepas Johan, yang dikenali sebagai Jojo, menyuarakan hasratnya untuk menceburi bidang MMA.
“Saya mengenalinya melalui acara ini dan tahu dia masih muda.
Saya juga tahu dia adalah petarung yang baik, dan saya mengucapkan yang terbaik untuknya di masa depan, Insya-Allah,” kata Khabib.
“Dia memberitahu saya bahawa dia mahu ke MMA. Apabila dia selesai (dalam ONE Championship) dan ingin beralih ke MMA, dia sentiasa dialu-alukan di Dagestan di gimnasium saya untuk berlatih bersama kami, untuk meningkatkan tahap gustinya. Dia sentiasa dialu-alukan,” tambahnya.
Ini adalah penampilan sulung Khabib di Malaysia sejak memegang gelaran juara kelas ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) tanpa kalah pada 2021 dengan rekod 29-0.
“Saya sudah lama ingin datang ke sini (Malaysia), dan akhirnya ia tercapai,” katanya.
“Setakat ini, semuanya menakjubkan dan terima kasih kerana mengalu-alukan saya di sini dan menerima saya sebagai saudara.”
Selain itu, Khabib juga dijadualkan mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terkenal sebagai sensasi UFC dunia, antara pertarungan paling terkenal membabitkan Khabib adalah ketika bertemu petarung Ireland, Conor McGregor, dalam aksi UFC 229 pada Oktober 2018.
Kemenangan itu diikuti dengan kejayaannya menewaskan lawannya dari Amerika Syarikat, Dustin Poirier, pada September 2019 dalam saingan UFC 242.
Pada 2020, Khabib mengumumkan persaraannya selepas pertarungan menentang Justin Gaethje pada saingan UFC 254 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.
BACA: Ini pesanan staff housekeeping kepada tetamu selepas check-out bilik hotel