Bila berbicara tentang sifat anak kedua, ramai yang cenderung melihat dari sudut negatif seperti nakal, kurang bijak, dan degil.
Namun, sebenarnya karakter anak kedua ini sangat unik dan perlu diteliti dari perspektif positif.
Setelah membaca 7 fakta mengenai karakter anak kedua di bawah, mungkin inilah masanya bagi anda,
khususnya ibu bapa, untuk mengubah tanggapan bahawa anak kedua sering menjadi pembawa masalah!
1. Kurang bergantung kepada ibu bapa
Ramai yang perasan bahawa anak kedua sering suka menyendiri. Hal ini disebabkan kajian yang dilakukan pada tahun 1998 melibatkan 400 pelajar yang menunjukkan bahawa anak kedua cenderung untuk kurang bergantung
kepada ibu bapa dan lebih suka menyelesaikan masalah sendiri. Ibu bapa biasanya lebih banyak meluangkan masa dengan anak sulung atau anak bongsu.
2. Suka mengalah dan berlapang dada
Sifat suka mengalah memang sangat ketara dalam karakter anak kedua kerana mereka sering “dihimpit” antara anak sulung dan anak bongsu. Oleh itu, sifat mengalah dan berlapang dada telah terbentuk dalam jiwa mereka, khususnya dalam pergaulan.
3. Hormon testosteron semakin meningkat bila dewasa
Hormon testosteron biasanya terdapat pada lelaki. Namun, menurut Daily Mail, kajian menunjukkan anak kedua mengalami peningkatan hormon ini seiring dengan pertambahan usia. Hormon ini menyebabkan mereka menjadi lebih berani, lasak, dan suka menerima cabaran dalam hidup.
4. Suka bersaing dengan orang lain
Karakter berani, lasak, dan aktif menjadikan anak kedua bersifat kompetitif dan hiperaktif. Mereka sering melakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian.
Menurut Psychology Today, “mindset” semula jadi anak kedua berbeza kerana mereka dilahirkan dengan pesaing (iaitu abang atau kakak mereka).
5. Kreatif, fleksibel dan suka kebebasan
Anak kedua cenderung untuk merasai kreativiti, fleksibiliti, dan kebebasan secara sendirian. Ini memberi mereka peluang untuk berimaginasi dan mengembangkan bakat sendiri. Selain itu, mereka juga mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
6. Lebih sensitif daripada adik-beradik lain
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anak kedua mempunyai sifat sensitif sejak kecil. Mereka biasanya dibiarkan dan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa perlu memberi perhatian lebih kepada anak kedua ini agar mereka tidak merasa diabaikan.
7. Pandai memanipulasi minda
Licik, itu gambaran karakter anak kedua kerana mereka sangat mahir dalam memanipulasi minda. Mereka sentiasa mempunyai idea dan “jalan” dalam sesuatu perkara. Dengan kecekapan berkomunikasi, anak kedua bijak memanfaatkan peluang yang datang kepada mereka.
Antara contoh anak kedua yang berjaya termasuk Abraham Lincoln, Bill Gates, Donald Trump, Putera Harry, Britney Spears, Jennifer Lopez, dan Kim Kardashian.
BACA: Tiada unsur seksual, video abang van raih pujian netizen! Kenapa ya?