Tular di laman media sosial TikTok dan mendapat pujian ramai adalah seorang pemandu van sekolah yang menghasilkan
konten menarik tentang kerjayanya. Individu yang dikenali sebagai Aman Fadhli di TikTok ini telah mendapat kepercayaan
daripada ibu bapa murid sekolah untuk menjadi pemandu van sekolah di Johor Bahru dan menghasilkan konten yang bermanfaat.
Dalam video yang dimuat naik, melalui rakaman dashcam dalam van sekolah, kelihatan Aman sedang menjalankan tugas menghantar seorang murid lelaki ke rumahnya.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah sebaik sahaja tiba di destinasi,
Aman segera memberi pesanan kepada pelajar tersebut untuk melintas jalan dengan cara yang betul.
“Sebelum turun, tengok kiri, tengok kanan… baru lintas,” katanya.
@ceoofbassekolah Setiap hari kita pesan. budak2 lain pun Kita pesan jugak. kalau Kita nak reverse, Kita suruh dia lalu depan, kalau Kita nak ke depan, Kita suruh lalu belakang. alhamdulillah masing2 dengar cakap. kalau tak, abam memang jerit. hahaha #bassekolah #bassekolahmalaysia #AbamBasSekolah #pasirgudang #kotamasai ♬ Big Dawgs – Hanumankind & Kalmi
Lebih memuji adalah, dalam video tersebut, wajah kanak-kanak itu akan dikaburkan demi menjaga umur dan keselamatan mereka.
Setelah murid tersebut masuk ke dalam kawasan sekolah, barulah Aman meneruskan perjalanan dan berlalu pergi.
“Setiap hari kita pesan. Budak-budak lain pun kita pesan juga. Jika kita nak undurkan (reverse) van, kita suruh mereka lalu di depan. Jika kita nak ke depan, kita suruh pelajar lalu di belakang. Alhamdulillah, masing-masing dengar cakap.”
Bukan itu sahaja, Aman juga berkongsi tips tentang keselamatan murid-murid yang menaiki van dan bas sekolah menerusi laman
TikToknya, seperti cara menunggu, menaiki, dan turun dari bas. Selepas insiden ‘abang bas’ yang tular beberapa minggu lalu, ramai netizen merasa lega apabila munculnya pemandu van sekolah yang normal dan berakhlak terpuji.
“INI BARU BETUL!”
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Aman kerana mengaburkan wajah kanak-kanak agar identitinya tidak didedahkan sebelum memuat naik video di media sosial.
Mereka juga menghargai usaha pemandu ini kerana sering memberi pesanan kepada pelajar setiap kali mereka ingin melintas jalan. Ini bukan sahaja tanggungjawab ibu bapa, tetapi juga tanggungjawab orang sekeliling anak-anak tersebut.
“Konten ini baru betul, bagi tips melintas, jadi budak-budak dalam TikTok ini pun boleh praktis pesanan abang bas.”
“Terima kasih abang van, bekerja penuh ihsan.”
BACA: Tali seluar sukan terkeluar? Ini cara masukkan tali seluar ramai tertanya-tanya