Realtime website trackingweb stats

Usaha tak khianati hasil, cikgu berjaya jejak anak murid hadiahkan sebekas karipap

Oleh AHMAD ISMAIL

Keinginan tulus seorang guru, Zainun Zahari, untuk bertemu semula dengan anak muridnya yang telah lama hilang,

Putri Alyaa, telah menyentuh perasaan ramai di media sosial.

Pada 14 September, Zainun mengajak orang ramai untuk membantu mencari bekas muridnya

melalui hantaran di Facebook, yang kini telah menerima lebih 5,100 perkongsian.

Berbekalkan kuasa viral di kalangan rakyat Malaysia, Zainun mengumumkan bahawa Putri Alyaa berjaya dijejaki selepas dua hari kemudian, iaitu pada 16 September.

Usaha tak khianati hasil, cikgu berjaya berjaya jejak anak murid hadiahkan sebekas karipap

“Alhamdulillah. Terima kasih Malaysia, saya sudah jumpa Putri Alyaa,” tulisnya dalam hantaran terkini, penuh rasa terharu atas keprihatinan warga maya yang membantu dalam pencarian tersebut.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! Terima kasih Malaysia. Saya dah jumpa Putri Alyaa saya.

Beberapa individu telah menghantar DM dan berusaha membantu sejak hantaran saya mula diviralkan. Namun, satu DM daripada ibu kepada kawan Putri Alyaa memberikan maklumat yang sangat berguna.

Petang semalam (Ahad), ibu kepada seorang kawan Putri Alyaa menghubungi saya melalui messenger FB dan memberikan maklumat yang saya perlukan untuk disahkan.

Walaupun saya tidak memiliki maklumat lengkap, saya percaya itu adalah Putri Alyaa. Sebaik sahaja melihat gambar yang dikongsi, saya tahu dia adalah orang yang saya cari.

Saya sudah berhubung dengan Putri Alyaa, tetapi sayangnya, peluang untuk bertemu secara langsung belum tiba disebabkan oleh kekangan tertentu. Untuk memastikan, kami berhubung melalui video call. Alhamdulillah, ternyata dia adalah orang yang saya cari. Subhanallah, hampir mustahil untuk bertemu sebenarnya.

Saya sangat terkejut dengan sambutan luar biasa daripada orang ramai yang sangat prihatin dan bersemangat membantu dalam pencarian Putri Alyaa. Mereka turut berkongsi hantaran saya di media sosial lain.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mendoakan, memberi dorongan, dan menghantar ucapan kepada saya. Tak kurang juga yang DM dan menghantar permintaan rakan.

Saya membaca satu persatu komen dan perkongsian daripada saudara/saudari di hantaran saya. Terima kasih atas keprihatinan dan perkongsian semua. Saya merasa hiba membaca pengalaman pahit bersama guru yang meninggalkan parut di hati masing-masing.

Saya ambil iktibar dari kisah-kisah ini untuk dijadikan pengajaran dalam mendidik murid-murid dan orang di sekeliling saya. Saya juga mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi sebarang gambar buat masa ini, kerana kami belum sempat bertemu.

Maafkan saya juga kerana tersilap menghitung usia Putri Alyaa; sebenarnya dia sudah berada di darjah 4 ketika saya meninggalkannya di sekolah lama.

Putri Alyaa yang kecil molek di zaman kanak-kanak mungkin membuat saya lupa mengenai usia sebenar. Mungkin itu sebabnya, laras bahasa dalam suratnya agak matang.

Tahun ini, Putri Alyaa akan menduduki peperiksaan STPM. Doakan agar dia berjaya dalam peperiksaannya.

Sepanjang 19 tahun saya menjadi guru, termasuk di sekolah swasta, tentunya jumlah murid saya tidak terhitung. Namun, saya percaya setiap murid mempunyai keistimewaan dan kisah tersendiri.

Saya sentiasa mendoakan kejayaan setiap murid yang pernah hadir dalam hidup saya. Semoga mereka berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Saya juga berdoa agar Allah memperkenankan segala doa dan impian kalian semua yang mendoakan pertemuan saya dan Putri Alyaa.

Semoga Allah menyembuhkan luka-luka di hati yang terguris dek amarah silam gurunya. Guru juga manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan. Semoga kita semua dianugerahi kejayaan di dunia dan akhirat.

BACA: Patutlah air boleh bertakung dalam pintu kereta, ini 5 lubang yang ramai pemilik kereta tak perasan