Realtime website trackingweb stats

Bengang kereta potong ‘que’ ketika trafik sesak? Ini cara ‘report’ terus pada JPJ

Oleh NUR KASIH

Pernahkah anda berhadapan dengan pemandu yang selamba memotong barisan

Menggunakan lorong kecemasan, ketika anda sedang bersabar beratur dalam kesesakan lalu lintas?

Ada kereta potong laluan kecemasan? Laporkan terus kepada JPJ dengan cara ini.

Pada hari raya ini, sudah pasti beberapa jalan utama akan mengalami kesesakan,

dan rata-rata pemandu ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju hingga ada yang sanggup mementingkan diri sendiri.

Bengang kereta potong 'que' ketika trafik sesak? Ini cara 'report' terus pada JPJ

Umum sedia maklum bahawa aplikasi MyJPJ menjadi hub bagi pengguna untuk menyemak maklumat lesen pemanduan, saman-saman yang diterima, dan sebagainya.

Malah, salah satu ciri menarik yang menjadi perhatian ramai adalah e-Aduan, di mana salah laku pengguna jalan raya boleh dilaporkan menerusi aplikasi MyJPJ.

Ada kereta potong laluan kecemasan? Laporkan terus kepada JPJ dengan cara ini.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

Log masuk ke aplikasi MyJPJ.

Pada bahagian menu utama, skrol ke bawah dan pilih e-Aduan@JPJ di bawah Perkhidmatan Umum.

Pilih aduan yang berkaitan dalam Senarai Aduan. Setakat ini, terdapat sembilan kategori aduan yang boleh dilakukan, termasuk gagal mematuhi lampu isyarat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, dan lain-lain.

Isi butiran aduan yang diperlukan, termasuk gambar atau video, tarikh dan masa kejadian, nombor kenderaan, nombor telefon, negeri, dan keterangan ringkas berkenaan aduan yang dibuat.

Setelah selesai mengisi butiran yang diperlukan, tekan Hantar. Anda juga boleh menyimpan draf aduan jika perlu dan menghantarnya kemudian setelah diisi lengkap.

Mudah sahaja, bukan?

Ikuti tutorial di atas sekiranya anda terlihat pengguna jalan raya yang melanggar etika memandu atau memandu secara berbahaya.

BACA: Selepas sarapan bersama, Khairul Aming dapat surat penghargaan rasmi daripada PM New Zealand