Realtime website trackingweb stats

Ramai sangka bila motor langgar kereta tak boleh ‘claim’, sebenarnya ada caranya ramai tak tahu

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kemalangan boleh berlaku secara mengejut dan menyebabkan panik kepada sesiapa sahaja yang terlibat.

Perkara ini dapat dilihat dalam satu rakaman video papan pemuka yang menunjukkan kemalangan jalan raya antara sebuah motosikal

Dan kereta yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam video tersebut, sebuah motosikal melanggar bahagian belakang kereta yang sedang berhenti dalam kesesakan lalu lintas.

Kemalangan ini dipercayai berpunca daripada kelekaan penunggang motosikal yang didakwa sedang bermain telefon pintar.

Ramai sangka bila motor langgar kereta tak boleh 'claim', sebenarnya ada caranya ramai tak tahu

Insiden ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warga maya kerana pemilik kereta terpaksa menanggung kos kerugian akibat kecuaian pengguna jalan raya lain.

Dalam situasi kemalangan antara motosikal dan kereta, ramai yang beranggapan mereka tidak boleh membuat tuntutan kerosakan kereta melalui insurans motosikal. “Saya pernah mengalami kemalangan seperti ini, motor yang salah, susah betul nak claim insurans motor. Ini adalah realiti,” kata seorang pengguna media sosial.

Namun, mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap kenderaan bermotor yang menggunakan jalan awam di Malaysia perlu mempunyai sekurang-kurangnya insurans pihak ketiga. Secara ringkasnya, insurans pihak ketiga melindungi motosikal apabila berlaku kemalangan dan melindungi pemegang polisi jika mereka bertanggungjawab atas kerosakan, kecederaan, atau kematian pihak ketiga.

Oleh itu, anda boleh membuat tuntutan kerosakan harta benda pihak ketiga melalui syarikat insurans motosikal tersebut. Berikut adalah prosedur yang perlu diikuti untuk membuat tuntutan insurans ke atas motosikal. Mari kita semak langkah-langkahnya.

Pertama, hantarkan kereta ke bengkel panel insurans. Seterusnya, lantik adjuster untuk menaksir kos kerosakan.

Kemudian, kemukakan tuntutan kepada syarikat insurans motosikal yang mengandungi butiran berikut:

1. Laporan polis (salinan asal).

2. Kad pengenalan pemandu dan pemegang polisi (salinan).

3. Lesen memandu pemandu dan pemegang polisi (salinan).

4. Sijil pemilikan kenderaan (salinan).

5. Kepilkan laporan adjuster.

6. Bil kos pembaikan kereta anda.

7. Gambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan.

8. Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya.

Sebagai makluman tambahan, jika motosikal tersebut tidak mempunyai insurans, anda harus berhubung terus dengan pemiliknya dan menggesa untuk berbincang mengenai bayaran ganti rugi.

Jika tidak mendapat kerjasama, anda boleh membawa perkara ini kepada pihak yang berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

BACA: Berhasrat sewakan rumah tanpa deposit sebab simpati? Ini risiko yang ramai tak jangka