Ketua Polis Negara Razarudin Hussain memaklumkan bahawa siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH)
Yang dijalankan mengikut prosedur undang-undang yang betul.
Menurut laporan Malaysiakini, Razarudin menolak dakwaan bahawa pihak berkuasa bertindak secara keterlaluan,
menegaskan bahawa siasatan dilakukan dengan teliti dan mematuhi undang-undang sepenuhnya.
“Kami menjalankan siasatan berdasarkan perundangan yang ada dan tidak akan bertindak berlebihan. Kami tidak melakukan siasatan tanpa panduan perundangan,
termasuk mendapatkan bantuan dari semua agensi seperti LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri),” katanya menurut laporan Malaysiakini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menggesa pihak berkuasa agar tidak menggunakan pendekatan berlebihan dalam menghukum GISBH, terutamanya terhadap ahli yang tidak bersalah, sambil menekankan bahawa GISBH masih mempunyai aspek positif, termasuk rangkaian perniagaan yang luas.
Semalam, bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim turut membangkitkan isu yang sama, menyatakan bahawa walaupun kumpulan itu mungkin tersilap dalam tafsiran Islam, adalah tidak adil untuk memusnahkan punca rezeki mereka.
Sebelumnya, dilaporkan bahawa beberapa perniagaan yang dikaitkan dengan GISBH terjejas akibat penurunan drastik pelanggan setelah anggota kumpulan itu didakwa mengeksploitasi dan mendera kanak-kanak, serta menyeleweng daripada ajaran Islam.
Perniagaan yang berkaitan dengan GISBH, termasuk kedai roti, restoran, dan kedai dobi di Kelantan, Pahang, Selangor, dan Perak, dilaporkan telah ditutup atau berkunci.
BACA: Cara mudah nak tanggalkan ‘wallpaper’ tanpa rosakkan cat, rupanya guna satu bahan sahaja