Untuk tuan rumah yang ingin menawarkan rumah sewa tanpa deposit kepada penyewa, nasihat saya lebih baik lupakan sahaja.
Banyak keburukan daripada kebaikannya. Ramai tuan rumah yang mengadu menyesal setelah membuat keputusan ini.
Berikut adalah 5 risiko jika anda menyewakan rumah tanpa meminta deposit:
Tanpa deposit, anda tidak mempunyai jaminan kewangan untuk menampung kos pembaikan jika penyewa merosakkan harta benda dalam rumah.
Kerosakan ini boleh jadi kecil, seperti dinding yang perlu dicat semula, atau kerosakan besar seperti meja patah atau cermin pecah.
Pastikan kerosakan tersebut berpunca daripada penyewa, bukan kerana usia barang atau bencana alam.
Penyewa boleh jadi “penyewa dari syurga” atau sebaliknya, penyewa yang bermasalah. Kadang-kadang, mereka nampak baik pada awalnya, tetapi sebenarnya tidak menjaga rumah dengan baik.
Penyewa mungkin merasa lebih bebas untuk keluar lebih awal daripada tempoh perjanjian, menyebabkan anda mengalami kerugian dan terpaksa mencari penyewa baru dengan cepat. Ingat, walaupun rumah kosong, bayaran bulanan bank tetap perlu dibayar.
Ada kes penyewa yang lari dan meninggalkan tunggakan bil utiliti yang tinggi. Jika anda tidak memantau, anda mungkin terkejut melihat bil yang belum dibayar. Dengan deposit, sekurang-kurangnya anda boleh menggunakan deposit itu untuk menampung tunggakan tersebut.
Jika penyewa meninggalkan rumah dalam keadaan kotor, anda boleh menggunakan deposit untuk menampung kos pembersihan. Anda boleh bersihkan sendiri atau upah pembersih.
Memang ada tuan rumah yang menawarkan sewa tanpa deposit untuk menarik lebih ramai penyewa, tetapi biasanya ini dilakukan kerana mereka terdesak. Jika tidak ingin menghadapi masalah, adalah lebih baik untuk mengambil deposit minimum satu bulan.
BACA: Cara mudah nak tanggalkan ‘wallpaper’ tanpa rosakkan cat, rupanya guna satu bahan sahaja