Bekas yang berminyak memang sukar untuk dibersihkan, terutama jika ia diperbuat daripada plastik.
Tidak kira sama ada bekas plastik tersebut jenis pakai buang atau yang boleh digunakan semula.
Minyak yang sukar dicuci, ditambah pula dengan rekaan bersegi bekas, menjadikan proses mencuci semakin rumit.
Bagi bekas plastik pakai buang, mungkin ada yang berpendapat bahawa ia boleh terus dibuang tanpa perlu dicuci.
Namun, tahukah anda bahawa mencuci bekas plastik sebelum dibuang dapat menjimatkan kos proses kitar semula?
Jika anda peminat rancangan Korea, pasti perasan bahawa mereka membersihkan bekas plastik sebelum kitar semula.
Menerusi perkongsian Go! Go! Hanguk, terdapat panduan mengitar semula di Korea di mana pengguna perlu membersihkan bekas plastik dari sisa makanan dan label sebelum membuangnya ke dalam tong kitar semula.
Oleh itu, sebaiknya cuci bekas plastik yang berminyak sebelum dibuang atau disimpan untuk kegunaan lain.
Petua ini dipraktikkan oleh ibu seorang pengguna Instagram, Shane Chin, yang sesuai bagi mereka yang tidak ingin menghabiskan banyak tenaga di dapur.
Dalam video yang dikongsikannya, ibunya yang dipanggil Ahma menaburkan tepung pada semua bekas plastik yang ingin dibasuh. Setelah tepung ditaburkan, gunakan sabun pencuci pinggan untuk langkah seterusnya. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencuci pinggan dan mangkuk.
Untuk memudahkan kerja, Ahma menyimpan satu bekas tepung di bawah sinki dapur untuk kegunaan mencuci bekas plastik. Beliau menggunakan tepung gandum kerana ia adalah jenis tepung yang paling mudah didapati di kedai