Siapa sangka bisnes daging perap bernilai jutaan ringgit ini bermula daripada sebuah kedai gunting rambut kecil sahaja?
Namun, perniagaan yang dimulakan oleh si ayah ini bertukar kepada kedai makan setelah diambil alih oleh anak-anaknya.
Pada tahun 2013, perniagaan ini bermula secara kecil-kecilan dengan hanya 6 meja di sebuah warung.
Hidangan Barat yang lazat dan harga yang berpatutan yang ditawarkan oleh Pak Mat Western
Ternyata mampu memikat selera pelanggan di sekitar Bukit Minyak, Pulau Pinang pada masa itu.
Keenakan hidangan Pak Mat Western menjadi tular, dan ada yang sanggup datang dari luar Pulau Pinang hanya untuk menikmati sajian Barat di warung tersebut.
Dengan sambutan yang menggalakkan, jenama Pak Mat Western mula berkembang dengan membuka restoran di beberapa negeri lain seperti Johor, Kedah, dan Perak.
Setiap cawangan mereka dikatakan wajib dikunjungi oleh sekurang-kurangnya 500 pelanggan setiap hari!
Tidak hanya itu, premis makanan ini juga mempunyai express mart di Alor Setar dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang.
Langkah mereka untuk mencapai pelanggan melalui jualan produk homemade sejuk beku juga memberikan kejayaan kepada jenama ini. Dengan ribuan ejen di seluruh negara, Pak Mat Western kini menjadi jenama daging perap nombor satu di Malaysia.
Kini, Pak Mat Western, yang menjadi kebanggaan warga Pulau Pinang, telah dikenali di seluruh Malaysia akibat strategi pemasaran yang mantap.
Ramai yang memuji kualiti dan keenakan produk Pak Mat Western yang dijamin segar, lazat, dan boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan.
BACA: ‘Tak perlu jadi peguam, hanya perlu pakai otak’ Uyaina hanya beri kesedaran