JIKA anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius, ini apa yang anda perlu tahu.
Bukan hanya jenis syampu yang perlu diberikan perhatian, sebaliknya cara ia digunakan ketika mencuci rambut juga perlu betul .
Ayuh ikuti perkongsian pakar rambut @nunnajmeen di laman X tentang
Teknik membasuh rambut dengan betul bagi mengelakkan masalah keguguran.
Jangan hanya kerana tersilap teknik mencuci, rambut anda menipis dan akhirnya tinggal kulit kepala sahaja!
1) Urut dan sikat rambut sebelum basahkan kepala
Disarankan untuk menggunakan sikat kayu jenis wide tooth comb yang giginya tumpul.
Jangan lupa urut dan sikat bahagian belakang juga.
Buat dalam lima minit untuk lancarkan peredaran darah.
2) Jangan terus bilas
Selepas menggunakan syampu, biarkan seketika rambut anda sekitar lima hingga 15 minit, jangan terus bilas. Biarkan bahan-bahan yang terkandung dalam syampu meresap masuk ke dalam akar.
Selepas itu barulah basuh rambut dengan bersih.
3) Cucian dua kali
Langkah ini khusus untuk mereka yang syampu rambut selang dua hingga tiga hari. Ingat, tidak disarankan untuk membasuh rambut terlalu kerap.
Ada dua cara dalam double-cleansing rambut. Pertama, syampu campur syampu. Kedua, syampu campur Hair Treatment Rinse (HTR).
Cara kedua adalah yang paling ideal.
Double-cleansing ini bertujuan untuk membersihkan akar dan kulit kepala daripada kotoran dan minyak berlebihan.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca: Selepas pertahan GISB, Betty Banafe ubah pendirian setelah dikritik netizen?