Seorang individu tanpa nama sebenar melalui platform Reddit telah berkongsi kisah pahit hidupnya
selepas membelanjakan keseluruhan wang simpanan untuk forex.
Pada mulanya, dia mengaku muak dengan kerja 9-5 dan tekad mahu melakukan perubahan dalam hidupnya
Dengan menyimpan RM10,000 dan berdagang di platform Forex.
Yakin bahawa Forex akan menjadi tiket untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik, dia terus meletakkan jawatan dan memasuki pasaran Forex beberapa bulan lalu.
Dia percaya bahawa dia telah memahami selok-belok perdagangan digital dan berfikir bahawa dia boleh membuat duit dengan mudah melalui Forex.
Suatu hari, dia memutuskan untuk melakukan perdagangan dengan jumlah yang sangat besar. Dia meletakkan semua wangnya pada pasangan mata wang GBP/JPY dan berharap nilainya akan melonjak naik selepas beberapa kali perdagangan sebelumnya berjaya.
Namun, percaturannya berakhir dengan kekecewaan apabila nilai dagangannya menurun dengan mendadak akibat perubahan pasaran yang tiba-tiba.
Kehidupan dia bagaikan mimpi ngeri apabila keuntungan dari perdagangan yang dahulu berubah menjadi kerugian besar.
Dia terkejut melihat wang simpanan berjumlah RM10,000 yang menjadi taruhan untuk mengubah hidupnya hilang begitu sahaja. Dia cuba bertahan dan menunggu sebarang perubahan, tetapi kerugian semakin meningkat hingga akhirnya semua simpanan musnah.
Individu tersebut berkata bahawa ini adalah pengajaran yang sukar dan mengakui bahawa pasaran forex tidak boleh diramal serta tidak semudah yang disangka.
Kini, dia terpaksa memulakan semula dari bawah tanpa sebarang simpanan dan sedang memikirkan langkah seterusnya untuk bangkit dalam hidup. Dia melihat ini sebagai satu pengajaran penting dan bertekad akan lebih berhati-hati dalam perancangan kewangan di masa hadapan.
BACA:Ini sebab kenapa ibu hamil tak sesuai naik kapal terbang menurut doktor pakar sakit puan