Realtime website trackingweb stats

Peniaga tak boleh cari makan jadi punca Kelantan bakal pindah zon bebas cukai Rantau Panjang?

Oleh ADINDA

Kerajaan Kelantan merancang untuk memindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor,

berkata bahawa perkara tersebut masih dalam peringkat kajian kerana kawasan tersebut terletak dekat dengan kawasan kediaman penduduk setempat.

“Rancangan kita adalah untuk mencari lokasi baharu yang lebih sesuai, dan pihak kami sedang membuat tinjauan

untuk menentukan lokasi yang tepat bagi memindahkan zon bebas cukai tersebut,

“Aku hantar surat ‘resign’ dekat bos, sekali kena marah teruk, rupanya

” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Kelantan 2024 di Kota Bharu malam tadi.

Sementara itu, mengenai ribuan penduduk negeri ini yang berkunjung ke selatan Thailand semasa musim cuti sekolah, Kamarudin berkata perkara tersebut perlu dilihat secara positif kerana rakyat dari negara tersebut juga berkunjung ke Malaysia.

“Apa yang kita lihat ialah rakyat negeri ini berkunjung ke sana (Thailand), tetapi sebaliknya juga berlaku apabila data dari Jabatan Imigresen menunjukkan sejak awal Januari hingga Jun, terdapat lebih 800,000 kemasukan pelancong dari Thailand melalui tiga pintu masuk di sempadan negara.

“Saya sendiri pada awalnya agak kurang percaya, namun itulah data yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen. Rekod itu juga menunjukkan kedatangan pelancong dari negara lain termasuk Eropah,” katanya.

Beliau menambah bahawa data yang dikeluarkan menunjukkan 700,000 kemasukan pengunjung ke Kelantan melalui laluan udara, menjadikannya jumlah pelancong ke negeri ini sebanyak 1.5 juta orang dalam tempoh enam bulan pertama.

“Itu belum termasuk kedatangan melalui bas dan keretapi. Sekiranya tiada halangan, kami yakin sasaran kedatangan pelancong ke Kelantan boleh mencapai 3 juta orang pada penghujung tahun ini,” katanya.

BACA: Baru tahu rupanya senang nak hilangkan dagu berlapis, amal je senaman ini, menguap pun membantu