Realtime website trackingweb stats

Anak bising di kedai makan, selain beri telefon, ini cara lebih berkesan diamkan budak

Oleh ABDULLAH HAMID

Baru-baru ini, seorang pempengaruh media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap

orang di sekelilingnya yang memandang sinis ketika dia berada di sebuah kedai makan.

Wanita tersebut mengakui rasa kecewa apabila pengunjung lain di kedai tersebut tampak tidak

memahami bahawa anak kecil sering kali membuat bising atau menangis secara tiba-tiba.

“Saya sedang menunggu di dalam kereta sementara menunggu yang lain habis makan.

Anak bising di kedai makan, selain beri telefon, ini cara lebih berkesan diamkan budak

Saya ingin berkongsi sedikit mengenai perkara ini.

“Kalau anda pergi makan di kedai dan ada anak kecil yang menangis, tolonglah jangan memandang serong. Jika anda tidak selesa dengan suasana bising seperti itu, mungkin lebih baik makan di rumah saja?

“Anak kecil memang begitu. Bila mereka sudah selesai makan dan tiada mainan lain, mereka akan menjadi bising. Anak saya menangis, dan pelanggan lain memandang ke arah kami,” katanya dalam video yang dikongsikan di TikTok.

Wanita itu juga mencadangkan agar mereka yang tidak boleh bertoleransi dengan situasi bising dan ragam kanak-kanak sebaiknya membawa pulang makanan dan menikmatinya di rumah.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata meminta wanita ini mempertimbangkan semula luahan dan cadangannya.

Ada juga yang berpendapat bahawa wanita itu sepatutnya makan di rumah kerana dianggap tidak mampu menguruskan ragam anak-anak ketika berada di tempat awam.

Isu ini sebenarnya merupakan topik lama yang sering dibincangkan dalam kalangan netizen di media sosial.

Pendidik dan penulis ilmu keibubapaan, Dr Taufiq Razif, pernah berkongsi tentang cara berkesan untuk mendiamkan anak di kedai makan.

Bercerita mengenai pengalaman peribadi, Taufiq menjelaskan bahawa anaknya juga sering menangis dan merengek ketika di kedai makan.

“Kita cuba menikmati makan tetapi tiba-tiba anak mula menangis. Sejak itu, saya belajar untuk lebih memahami mereka.

“Menangis dan merengek adalah sifat semulajadi anak. Tugas mak ayah adalah mencari cara kreatif untuk menguruskan sifat tersebut,” katanya.

Menurut Taufiq, kebiasaannya ibu bapa menggunakan telefon pintar untuk mendiamkan anak di meja makan, tetapi dia menganggap itu adalah satu kesilapan kerana ada kaedah lain yang lebih efektif.

“Rupanya, kita hanya perlu membawa buku dan mainan! Ini dipanggil misdirection.

“Kita alihkan perhatian anak-anak daripada emosi dalaman kepada buku dan mainan di hadapan mereka.

“Sejak saya mula menggunakan kaedah ini, perangai anak di meja makan berubah secara positif,” tulisnya dalam hantaran.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa budaya membawa buku dan mainan ke restoran masih dianggap asing dan janggal di negara ini.

Namun, dia tetap meneruskan kaedah tersebut dengan harapan agar lebih ramai ibu bapa akan mencontohinya.

BACA: Duit banyak habis, kereta masih keluar masuk bengkel, rupanya ini punca yang ramai terlepas pandang