Realtime website trackingweb stats

Angeline Tan buka mulut jawab dakwaan perkahwinan dengan Sabri Yunus tak sah

Oleh NURAIMAN

Pelakon Angeline Tan mendedahkan bahawa dia pernah dituduh bernikah secara tidak sah bersama suaminya, aktor Sabri Yunus.

Menurut Angeline, dia tidak melatah, sebaliknya bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Sabri.

“Apa yang boleh saya katakan adalah ketika itu saya rasa sangat tenang.

Saya tidak ambil peduli langsung tentang perkara itu, walaupun kawan-kawan saya bertanya, ‘Awak tak takut ke?’

Saya hanya menjawab, saya rasa beruntung sebab Abang Sabri adalah seorang yang sangat kuat dan dia tahu apa yang dia lakukan.”

Angeline Tan buka mulut jawab dakwaan perkahwinan dengan Sabri Yunus tak sah

Tambah aktres itu lagi, Sabri sentiasa meyakinkannya bahawa perkahwinan mereka adalah sah di sisi undang-undang Islam.

“Dialah yang buat saya yakin. Jadi, saya tidak pernah terfikir yang perkahwinan kami ini tidak sah sebab saya sudah jelaskan semuanya. Sebab itu kami tidak kisah dengan komen-komen negatif dari orang luar.”

Untuk makluman, Sabri Yunus telah mendirikan rumah tangga bersama Angeline Tan, atau nama Islamnya, Ardini, pada 14 Oktober 2023. Angeline dilaporkan memeluk Islam pada 26 September 2023.

BACA: Amelia Henderson jalin hubungan cinta dengan anak Datuk K? Ini respon tuan badan