Tengah sedap duduk dalam bilik sejuk aircond tiba-tiba ada air menitis. Banyak pulak tu.
Ini antara masalah yang selalu terjadi bila menggunakan aircond.
Puncanya adalah kerana ada saluran yang tersumbat. Selain mendapatkan khidmat dari tukang servis aircond
untuk membaikinya kita juga boleh melakukan pembaikan sendiri. Panduannya diberi oleh Fakaruddin Mohd. Boleh cuba ya.
Cara baiki air menitik dari aircond
Dah cuci filter, air masih lagi menitik? Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.
Saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.
Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya
1. Peralatan yang digunakan
– Screwdriver
– Tangga lipat
2. Safety alert
– Matikan suis aircond sebelum mula
– Sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini.
– Facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk
3. Tanggal housing aircond (gambar pertama)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond
Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya
4. Alihkan panel elektronik (gambar kedua)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.
Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya
5. Bersihkan lubang takungan yang tersumbat (gambar ketiga)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk-cucuk dan tarik-tarik je.
Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya
6. Bersihkan kotoran dalam paip takungan (gambar keempat)
– Pergi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– Buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yang ada tape hitam, bulatan biru).
Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya
7. Langkah selanjutnya curah air dalam takungan
– Setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut untuk memastikan yang lubang itu confirm tidak sumbat
– Bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Alang-alang bersihkanlah filter ya.
BACA: Teresa Kok didakwa tidak sokong pensijilan halal, sekali ini respon tuan badan