Realtime website trackingweb stats

Ini tips untuk hilangkan bau hanyir peti ais, lagi senang guna hampas kopi

Oleh NURAIMAN

Peti sejuk atau peti ais adalah kelengkapan utama dalam setiap rumah.

Namun, peti ini tidak hanya menjadi tempat penyimpanan barang-barang masakan, tetapi juga perlu dijaga kebersihannya dan bebas dari bau yang tidak menyenangkan.

Bagaimana cara untuk menghilangkan bau busuk dalam peti ais?

Sudah banyak cara yang telah dicuba untuk menghilangkan bau yang tidak enak dalam peti sejuk rumah, tetapi hasilnya masih sama.

Haa inilah petua yang mungkin tidak banyak orang tahu tetapi dianggap sangat berkesan untuk menghapuskan bau busuk dalam peti ais!

Ini tips untuk hilangkan bau hanyir peti ais, lagi senang guna hampas kopi

Cara yang paling mudah, ekonomi, dan selamat adalah dengan menggunakan hampas serbuk kopi kerana sifatnya yang menyerap. Hampas serbuk kopi ini mempunyai liang kecil yang dapat menangkap dan menyerap bau yang tidak enak.

Selain itu, serbuk kopi juga memiliki sifat antioksidan dan antimikrob yang kuat, yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat.

Tipsnya adalah:

1. Pastikan serbuk kopi dalam keadaan kering dan segar, dan jangan lupa ganti serbuk kopi tersebut setiap beberapa minggu ya.

2. Sentiasa cuci peti sejuk secara berkala.

3. Simpan makanan yang berbau kuat dalam bekas kedap udara.

4. Selain daripada serbuk kopi, anda juga boleh menggunakan baking soda dan arang untuk menghilangkan bau.

Selamat mencuba!

Baca juga: