Realtime website trackingweb stats

Ingatkan lari dari rumah, rupanya dah 10 tahun jadi rangka dalam timbunan sampah di rumah

Oleh SHAZLIN AZIZ

Sekumpulan tukang cuci profesional yang diupah untuk membersihkan rumah seorang lelaki Jepun terkejut apabila

menjumpai rangka manusia yang dipercayai ibu mangsa yang telah hilang sejak sedekad lalu di dalam rumah.

Menurut South China Morning Post (SCMP), lelaki tersebut tinggal seorang diri di rumahnya di wilayah Kyoto, Jepun, selepas ibunya

menghilangkan diri sekitar 10 tahun lalu. Ayahnya meninggal dunia beberapa tahun kemudian, dan kakaknya tidak lagi tinggal di kediaman itu kerana bekerja di tempat lain.

Ketika lelaki muda itu bersedia untuk berpindah ke pekerjaan baharu, dia mengupah sebuah syarikat pembersihan untuk membersihkan empat bilik tidurnya,

Ingatkan lari dari rumah, rupanya dah 10 tahun jadi rangka dalam timbunan sampah di rumah

yang telah menjadi sangat kotor. Disebabkan bau busuk sampah, syarikat pembersihan profesional tersebut menghantar lapan pekerja dan merancang untuk menyelesaikan kerja dalam masa tujuh jam.

Namun, tiga jam selepas pembersihan dimulakan, mereka terkejut apabila menemui tulang manusia ketika mengangkat selimut dari tempat tidur lama. Pada mulanya, mereka menyangka tulang itu adalah model tetapi kemudian menyedari bahawa ia adalah tulang sebenar dan segera memaklumkan kepada pemilik rumah.

Menurut polis tempatan, siasatan mendapati rangka tersebut adalah milik ibu lelaki tersebut. Lelaki itu mendakwa bahawa ibunya mungkin telah meninggal dunia di dalam bilik tanpa pengetahuannya.

Dia menjelaskan bahawa dia sering tidak pulang ke rumah selama berhari-hari tanpa memberi notis dan jarang berkomunikasi. “

Mungkin ibu saya kembali selepas beberapa hari ‘menghilang’ dan tiada sesiapa dalam keluarga yang menyedarinya,” ujarnya.

Tambahan pula, bau busuk daripada sampah menyebabkan tiada siapa yang menyedari kematian wanita itu.

BACA: ‘Tolonglah jangan buang..’ Ini khasiat disebalik kulit udang menurut doktor