Realtime website trackingweb stats

‘Tolonglah jangan buang..’ Ini khasiat disebalik kulit udang menurut doktor

Oleh ABDULLAH HAMID

Selain daripada menambah rasa dalam makanan, kulit udang mempunyai manfaat sebenar yang mungkin ramai tidak ketahui sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Kulit udang mengandungi kalsium yang tinggi, yang bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak.

Jika menggunakan udang kecil, boleh ajak anak makan sekali dengan kulitnya.

Untuk udang besar yang mungkin sukar dimakan oleh anak, kopek kulitnya dan renehkan dalam sup untuk anak.

Simpan dan gunakan bila perlu. Masukkan kulit udang ke dalam sup sayur pun akan menambah rasa yang sedap.

'Tolonglah jangan buang..' Ini khasiat disebalik kulit udang menurut doktor

Bagi orang dewasa, makan udang bersama kulitnya juga boleh membantu menambah kalsium dalam badan, yang penting kerana tulang kita semakin rapuh seiring dengan usia.

Selain kalsium, kulit udang juga kaya dengan fosforus, zat besi, magnesium, zink, sodium, kalium, dan selenium. Banyaknya mineral yang terdapat dalam kulit udang!

Sering kali kita membuang makanan yang kelihatan tidak bernilai, tetapi sebenarnya banyak khasiat yang boleh didapati daripadanya.

Inilah contoh makanan sebenar yang benar-benar memberikan nutrisi kepada tubuh badan kita dan anak-anak.

Cuba cari udang laut, kerana ia mungkin pilihan yang lebih baik berbanding udang yang dibela.

Marilah kita cuba memperbanyakkan makanan sebenar yang tinggi nutrisi untuk anak-anak dan elakkan makanan yang diproses secara ultra yang mungkin mendatangkan keburukan jika diambil secara kerap.

Kredit: Mazliana Mazlan

BACA: Betul ke ada masalah mental, boleh terlepas dari hukuman jenayah, ini jawapannya