Realtime website trackingweb stats

Boleh keguguran kalau tersalah cara makan telur separuh masak, ini cara sebenar ramai tak tahu

Oleh FATIN AQILAH

Telur sering dianggap sebagai ‘superfood’ kerana kandungan nutrisi dan manfaat kesihatannya yang luas, menjadikannya sukar digantikan dalam diet.

Di Malaysia, salah satu hidangan berasaskan telur yang sangat popular adalah roti bakar telur goyang atau telur separuh masak.

Walaupun telur separuh masak adalah pilihan yang menarik, ia mempunyai risiko tinggi mengandungi bakteria Salmonella, yang boleh menyebabkan keracunan makanan

Jangkitan bakteria ini boleh menyebabkan gejala seperti mual, muntah, demam, sakit kepala, sakit perut, dan cirit-birit yang mungkin bertahan selama empat hingga tujuh hari.

Jangkitan ini juga boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko seperti wanita hamil, bayi, orang tua, dan mereka dengan sistem imun yang lemah.

Boleh keguguran kalau tersalah cara makan telur separuh masak, ini cara sebenar ramai tak tahu

Wanita hamil berisiko mengalami keguguran jika makan telur separuh masak yang tercemar bakteria Salmonella.

Untuk mengelakkan risiko ini, sebaiknya masak telur hingga benar-benar matang. Jika anda ingin menggunakan telur setengah masak dalam masakan, pilih telur yang telah dipasteurkan.

Selain itu, untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh Salmonella, pastikan telur disimpan dalam peti sejuk, dimasak dengan betul, dan perhatikan kebersihan peralatan serta tangan. Memasak telur hingga matang adalah cara yang lebih selamat untuk menghindari jangkitan Salmonella.

Mengolah telur dengan merebusnya juga lebih disarankan berbanding menggoreng, kerana ia lebih baik untuk kesihatan jantung dan memastikan anda mendapatkan nutrisi yang optimum

BACA: Rupanya ada cara nak masak nasi putih bagi rasa sedap dan berlemak