Realtime website trackingweb stats

‘Bolehkah jimak dalam kereta’ Dr Maza terpaksa betulkan kopiah sebelum beri jawapan

Oleh ABDULLAH HAMID

Salah seorang hadirin bertanya sama ada suami isteri boleh berjimak di dalam kereta.

Ketika membaca soalan yang ditulis di sekeping kertas, Dr Maza membetulkan kopiahnya tetapi akhirnya menjawab pertanyaan dengan tenang.

“Jika ada yang bertanya kepada Dr Mufti, tak perlu risau jika tidak menyebut nama orang lain, sebab saya tidak kenal

Bolehkah berjimak dalam kereta di tempat awam, contohnya di RnR?

“Tak ada tempat lain ke?” soal Dr Maza sambil ketawa ketika membacakan soalan tersebut di Masjid Alwi, Kangar.

'Bolehkah jimak dalam kereta' Dr Maza terpaksa betulkan kopiah sebelum beri jawapan

“Jika kereta itu hanya ada suami dan isteri sahaja, tiada orang lain yang melihat dan aurat mereka tidak terdedah, itu adalah urusan mereka.

Yang penting, jangan mendedahkan aurat kepada orang lain atau melakukan perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada orang lain,” katanya.

“Zaman dahulu pun begitu, mungkin di dalam khemah. Kaum Badwi tidak mempunyai rumah, hanya khemah. Yang penting, jangan mendedahkan aurat.

“Jika boleh, lebih baik balik ke rumah. Ikutlah, jika ditanya haram atau tidak, ia tidak haram tetapi perlu elak mendedahkan aurat kepada orang lain,” jelasnya mengenai soalan tersebut.

Ramai netizen memuji cara Dr Maza menjawab pertanyaan seperti ini, yang jarang diterima daripada orang awam.

“Berbeza betul cara orang berilmu tinggi menjawab soalan kurang cerdik ini. Alhamdulillah. Terbaik Dr Maza.

“Ahli ilmu, ada ‘izzah’ tersendiri. Walaupun soalan berkaitan jimak, beliau menjawab dengan profesional tanpa tokok tambah yang tidak diperlukan.

“Nampak Dr Maza terkejut dengan soalan ini, tetapi beliau menjawab dengan ringkas dan tidak mahu memperpanjang perbincangan,” demikian antara komen netizen.

Bacal; Ini punca wujudnya gerakan Tabligh di Malaysia ramai tak tahu