Hidup berjiran ini sebenarnya mudah saja. Tapi mungkin wujud segelintir manusia (jiran tetangga) yang tidak ada common sense.
Kalau dia nak buat apa-apa perkara, dia hanya fikirkan dirinya sahaja – proses yang perlu dibuat dan pihak yang perlu menanggung, dia tidak fikirkan.
Menjaga keharmonian hidup berjiran ini sebenarnya amat dititikberatkan dalam Islam.
Jangan menyakiti hati jiran, dan kalau pernah dengan tidak sengaja membuat salah, cepat-cepat perbetulkan keadaan dan minta maaf. Itu baru jiran yang baik. Bukan sebaliknya.
Nak ‘score’ jiran yang baik sememangnya tidak mudah. Ikut nasib
Kalau dapat yang baik, jagalah hubungan silaturahim bersama dengan sebetulnya. Jangan pernah menyakiti hati sesiapa.
Tapi bila korang dapat jiran yang kurang sifat bertimbang rasa, ha itu baru rintangan sebenar hidup berjiran. Sebab kena hadap sahaja apa yang mereka lakukan. Kadangkala rasa macam nak mengamuk, tapi tak elok pula. Nak tegur baik-baik, takut dipandang enteng.
#1. Jiran Yang Suka Parking Bersepah-sepah
Ini merupakan perkara yang boleh dikatakan ‘common’ tapi bukan normal. Ada perbezaannya. Korang mesti pernah ada jiran yang satu rumah itu, kesemua ahli keluarga memiliki kenderaan masing-masing. Anak sulung, anak bongsu, anak saudara, cucu, cicit, dan ramai lagi.
Lebih parah, semuanya nak parkir berdekatan dengan rumah. (Walaupun terpaksa masuk area rumah jiran). Memang betul-betul tak ada common sense!
#2. Jiran Yang Jenis Bercakap Dengan Keluarga Sendiri, Tapi Suara Boleh Didengari Dari Hujung ke Hujung!
Kuat sungguh intonasi percakapan sesetengah individu meskipun bersama ahli keluarga sendiri, terutamanya anak kecil. Nak panggil si kecil makan je, tapi menjerit macam nak buat pengumuman rumah terbuka untuk satu taman.
Amboi kak, terkejut anak bulus saya kat rumah tu tau dengar suara akak yang lantang tu.
#3. Jiran Yang Jenis Selamba Buat Kerja ‘Construction’ Pada Hujung Minggu
Ini lagi tak masuk akal. Ada pula ya segelintir pihak yang betul-betul tak ada kefahaman tentang hidup berjiran ini.
Sebab itulah kalau rumah strata, mereka akan meletakkan peraturan di mana kerja-kerja pembaik pulih ataupun ubah suai hanya boleh dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Peraturan sama turut terpakai untuk rumah teres juga.
Mana tidaknya, bunyi-bunyi drill yang kuat dan tidak menyenangkan itu akan menganggu ketenteraman jiran tetangga yang ingin beristirahat pada hujung minggu. Sudahlah bekerja dari Isnin hingga Jumaat – hujung minggu inilah waktu paling sesuai untuk duduk bersantai di rumah.
Bukan nak dengar ‘orkestra’ dari dinding rumah jiran.
#4. Jiran ‘Kaki Complain’ Dalam Grup WhatsApp / Telegram
Ha, ini pun perangai juga.
Nak cakap normal, tidak. Tapi memang akan wujud sejenis manusia (jiran) yang 24 jam nak complain. Itu tak kena, ini tak kena.
Contohnya ada kanak-kanak bermain basikal pada waktu petang dan TERsalah parkir / letak basikal di hadapan rumahnya, masa itulah dia akan mengarang segala jenis complain dan dimasukkan ke dalam grup WhatsApp perumahan.
Benda kecil, boleh tegur depan-depan sahaja. Tak perlulah buat kecoh sekampung, bang.
#5. Jiran Yang Ada Haiwan Peliharaan Tapi Dibiar Tanpa Pengawasan
Satu hal juga bila dikurniakan jiran seperti ini. Bab peribadi, memang penyayang sebab suka bela anak bulus.
Kadang-kadang, ada juga yang membela sehingga 20-30 ekor! Jangan terkejut tapi memang wujud orang seperti ini.
Kasih sayang terhadap si bulus yang tiada tandingan.
Tapi, ada pula perangai yang suka membiarkan si bulus untuk ‘membuang hajat’ di rumah jiran.
Tak kisahlah hajat kecil ataupun besar – ia tidak sepatutnya dibiarkan begitu saja. Kalau pun perkara itu terjadi tanpa pengawasan, bila korang nampak je kucing / haiwan peliharaan korang tersalah ‘kawasan’, tolong bersihkan semula.
Baca Juga:Atok Tengku Zafrul rupa-rupanya individu yang isytihar kemerdekaan 1957