Ramai yang mula memikirkan cara yang bagus untuk berjimat daripada membeli barang dapur yang banyak.
Oleh itu, anda perlu tahu beberapa tips jimat minyak masak yang berguna.
Minyak masak sering digunakan di dapur untuk memasak, tapi kadangkala ada yang menggunakan terlalu banyak sehingga dibuang begitu saja setelah memakainya.
Berikut adalah beberapa tips jimat minyak masak yang boleh anda cuba untuk membantu mengurangkan perbelanjaan barang dapur di rumah:
TIPS JIMAT MINYAK MASAK DI RUMAH
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia menggunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh menghasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat (non-stick) untuk membolehkan anda membuat gorengan menggunakan minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
4. Pertimbangkan untuk dapatkan air fryer. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini memerlukan sedikit modal.
Rugi kalau tak cuba, dah la susah nak cari sekarang, ini tips boleh jimat minyak masak di rumah
5. Jika deep fry makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180ºC hingga 190°C sebelum menggoreng untuk mengelakkan tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
7. Elakkan memanaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadikannya tidak selamat untuk diulang guna.
8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru dan memendekkan hayat selamatnya.
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2 hingga RM3 untuk 1kg.
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Semoga bermanfaat!
Baca Juga: Tak basuh bersih periuk pun nasi boleh basi ini perkara yang kena buat kalau nak selamat