Memasak nasi putih bukanlah hanya sekadar mencuci dan membilas, tetapi terdapat cara dan ilmu khusus
Ada yang perlu diikuti semasa memasak nasi supaya rasanya tidak hambar tetapi sedap.
Terlibat dalam industri makanan selama lebih daripada 25 tahun, Chef Shukri berkongsi ilmu
yang diamalkan dan digunakan oleh kebanyakan pengusaha kedai makan serta tukang masak lauk kenduri.
Bukan cuci dan bilas sahaja, rupanya ada cara nak masak nasi putih bagi rasa sedap dan tidak tawar
” Saya ingin berkongsi ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai nasi campur dan juga masakan lauk kenduri perkahwinan. Anda juga boleh menggunakan ilmu ini supaya suami anda lebih menghargai kerana masakan lebih sedap.
” Setiap kali memasak nasi putih, bacalah Bismillah dan selawat semasa mencuci beras. Semasa memasak nasi, masukkan sedikit garam dan minyak ke dalam beras yang hendak dimasak. Masukkan daun pandan.
Anda perlu pandai mengagak supaya nasi tidak terlalu masin atau berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apakah tujuannya?
” Minyak berfungsi agar nasi tidak melekat dan sentiasa lembut. Garam pula memberikan ‘rasa’ kepada nasi putih apabila dimakan begitu sahaja atau dengan lauk berkuah.
Daun pandan memberi wangian kepada nasi sehingga seluruh dapur wangi apabila sudah mendidih,” terang Chef Shukri.
Tambahkan gula batu apabila memasak nasi tomato atau nasi minyak
Sementara itu, katanya jika ingin memasak nasi tomato, nasi minyak, dan sebagainya, masukkan tiga hingga empat ketul gula batu untuk memberikan kilauan kepada nasi supaya lebih cantik. Beliau mengakui bahawa ini adalah rahsia utama kedai makan dan para tukang masak.
Baca Juga:Rupanya ada cara nak pilih ketam yang berisi padat dan penuh telur!