Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya boleh saman tunang kalau batalkan perkahwinan, ini cara ramai nak tahu

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Menghadapi fasa putus tunang sebelum perkahwinan adalah pengalaman yang amat menyakitkan.

Tiada siapa yang menginginkannya, tetapi kadangkala kita tidak mampu menolak takdir.

Sebenarnya, anda berhak untuk membawa kes putus tunang ke mahkamah jika pasangan membatalkan pertunangan tanpa sebab yang munasabah.

Seorang peguam yang dikenali sebagai Lawyer Gandhi di TikTok berkongsi tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh ‘mangsa’ dalam situasi ini.

Menurut Gandhi, langkah pertama adalah memastikan terdapat perjanjian yang jelas mengenai pertunangan atau perjanjian perkahwinan.

Baru tahu rupanya boleh saman tunang kalau batalkan perkahwinan, ini cara ramai nak tahu

Jika ada perjanjian seperti itu, anda boleh mengambil tindakan undang-undang.

Contohnya, jika kedua-dua pihak telah mengirimkan kad jemputan perkahwinan, anda boleh menuntut ganti rugi untuk semua perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk pertunangan.

Selain itu, anda juga boleh menuntut pihak yang membatalkan pertunangan untuk memulangkan wang hantaran atau kos lain yang munasabah.

Gandhi, yang mempunyai lebih 500,000 pengikut di TikTok, juga menjelaskan bahawa anda boleh membuat tuntutan perjanjian pemungkinan terhadap bekas pasangan.

Tuntutan ini boleh dilakukan melalui mahkamah syariah atau mahkamah sivil, bergantung kepada agama seseorang.

BACA: Belanja sehari RM6.00, ejen hartanah ini buktikan mampu miliki rumah mewah diusia 37 tahun