Siapa yang tidak mengenali Ryan Bakery? Dia terkenal dengan video lucu yang sering menghiburkan peminat sehingga membuatkan mereka tidak kering gusi.
Dengan popularitinya yang semakin meningkat, tidak mengejutkan apabila banyak syarikat atau jenama terkenal
sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menggunakan perkhidmatan pempengaruh terkenal ini.
Yang paling mengejutkan adalah apabila dia membintangi iklan syarikat Petronas sempena Hari Raya tahun lalu.
Sejak itu, timbul persoalan tentang jumlah bayaran yang diterima Ryan Bakery, memandangkan syarikat minyak ini mempunyai bajet yang besar.
Baru-baru ini, seorang pengguna di X telah berkongsi tangkap layar komen yang mendedahkan maklumat dalaman mengenai pembayaran kepada Ryan Bakery untuk kempen raya Petronas.
Dalam tangkap layar tersebut, seorang individu mendakwa telah menerima maklumat dari pekerja syarikat itu sendiri bahawa Ryan Bakery menerima sebanyak RM500,000 untuk iklan raya yang popular itu.
Bagaimanapun, seorang lagi individu yang mengaku sebagai pekerja di syarikat tersebut mengesahkan maklumat tersebut tetapi menyatakan bahawa jumlah bayaran yang sebenar adalah sedikit lebih rendah daripada yang disebutkan.
Perkongsian tangkap layar ini menjadi perbualan hangat di kalangan netizen, dengan ramai yang terkejut dengan jumlah yang diterima oleh pempengaruh TikTok dari Perak ini.
Ada yang merasakan bahawa jumlah bayaran tersebut adalah wajar memandangkan pengaruh dan populariti Ryan Bakery yang besar dalam masyarakat. Ramai juga yang turut gembira mendengar berita ini kerana menghargai usaha dan jerih payah Ryan Bakery untuk mencapai kejayaan ini.
Beberapa netizen pula berpendapat bahawa jumlah bayaran yang dinyatakan mungkin belum mengambil kira kos lain dan pihak-pihak terlibat dalam kempen raya tersebut.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi mengenai perkara ini, jadi berita tersebut masih boleh dianggap sebagai khabar angin di kalangan pengguna internet.
BACA: Johnny’s Restaurant dan Black Canyon akhirnya tampil perjelas status Halal