Realtime website trackingweb stats

Tak pernah terpalit dengan kontroversi, rupanya ini rahsia anak-anak Ngasri dengan wartawan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Anne atau Naszriah Ngasri, 39, yang telah lebih tiga dekad aktif dalam dunia hiburan, mengakui bahawa

hubungan baik dengan pihak media banyak membantu kerjaya seni mereka adik-beradik.

Kata Datin Anne, dia dan abangnya, pelawak Bell Ngasri, serta kakaknya, Darling Ngasri,

membesar tanpa terdedah kepada sebarang laporan kontroversi.

“Kami membesar dalam industri seni dan pernah melalui zaman di mana media tidak terlalu hangat seperti sekarang.

Tak pernah terpalit dengan kontroversi, rupanya ini rahsia anak-anak Ngasri dengan wartawan

Kami menganggap media sebagai salah satu sistem sokongan bagi kerjaya kami adik-beradik dalam industri ini.

“Alhamdulillah, kami membesar bersama dan media sudah dianggap seperti keluarga,” katanya.

Anne juga memberitahu bahawa mereka sekeluarga sangat menghargai sokongan pihak media terhadap kerjaya seni mereka selama ini.

“Bohonglah jika saya kata kami tidak pernah melakukan kesilapan. Kami juga manusia biasa dan kadang-kadang buat silap.

“Tapi saya bersyukur kerana sejak dulu lagi, hubungan kami dengan rakan media sudah seperti keluarga. Media dari zaman saya kecil lagi telah menganggap kami sebagai keluarga, dan mungkin itulah sebabnya mereka tidak mengeluarkan cerita-cerita (gosip) yang tidak sesuai tentang kami,” tambah Anne.

Walaupun Anne mengakui bahawa dia dan adik-beradik yang lain tidak pernah lepas dari kesilapan, dia menyifatkan pihak media sebagai benteng yang menapis kekurangan mereka.

“Bohonglah kalau saya kata kami tidak pernah melakukan kesilapan. Kami pun manusia biasa ada buat silap.

“Tapi pihak media juga telah menjadi tembok kepada kami. Alhamdulillah, sehingga kini tiada cerita buruk tentang keluarga kami yang disiarkan oleh media,” ujarnya.

BACA: Peguam dakwa pernah diganggu Da’i Syed ketika isteri sarat mengandung anak pertama