Realtime website trackingweb stats

Atas selamat, bawah macam sungai, tular video individu dedah lubang benam baharu di Jalan Raja Laut

Oleh ARIF ABDULLAH

Baru-baru ini, satu kejadian yang dipercayai lubang benam (sink hole) berlaku di kawasan pejalan kaki di Jalan Raja Laut, ibu negara.

Perkara ini dikongsikan oleh pengguna TikTok @Amy Montana melalui video yang menunjukkan aliran air di dalam lubang tersebut.

“Asal banyak kes macam ni sekarang,” katanya.

Amy Montana telah membuat laporan mengenai kejadian ini kepada pihak berwajib.

Melihat ruangan komen, ramai yang bimbang dengan keadaan sekitar Kuala Lumpur kerana banyak kejadian tanah jerlus dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Atas selamat, bawah macam sungai, tular video individu dedah lubang benam baharu di Jalan Raja Laut

“Takutnya nak pergi Kuala Lumpur,” kata Steven Ng.

“Aku rasa ada kena mengena dengan Kuala Lumpur banjir hari itu,” ujar Thekuli1987.

@amybudakbaik #tanahmendap #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #4u #kl ♬ original sound – Myko Mañago

“Atas aman, bawah menghakis sikit demi sedikit,” jelas Gorgoroth.

Sebelum ini, kes seorang wanita warganegara India hilang selepas terjatuh akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, satu lagi kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku kira-kira 50 meter daripada kawasan tanah jerlus tersebut.

BACA: Nampak macam kuaci tapi kalau kena boleh lebam dan gatal