Realtime website trackingweb stats

Istana dan kehidupan mewah kerabat Raja di Malaysia yang ramai nak tahu

Oleh AHMAD ISMAIL

Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai 9 buah keluarga diraja dengan Sultan-sultannya dilantik bergilir-gilir sebagai Yang Di-Pertuan Agong

Mengikut budi bicara Majlis Raja-Raja? Sistem penggiliran Sultan menjadi Agong ini telah diamalkan sejak Malaysia merdeka pada tahun 1957.

Selain itu, hanya ada 42 negara di dunia yang mempunyai keluarga diraja dan Malaysia merupakan salah satu daripadanya.

Dengan gelaran Sultan, Putera, Puteri, dan kerabat diraja, sudah tentu istana mereka juga megah dan berprestij, bukan?

Dalam era media sosial kini, kita dapat melihat kehidupan golongan diraja ini kerana mereka sering berkongsi gaya hidup mereka di platform sosial, sesuatu yang sebelum ini sukar diakses oleh rakyat biasa.

Rupanya ini asal usul istilah 'second, minute dan hour' dalam masa yang kita guna hari ini

Jom kita lihat istana dan kehidupan putera, puteri, serta kerabat diraja Malaysia yang telah kami kumpulkan ini!

1. Istana Negara – Yang Di-Pertuan Agong

Walaupun terdapat banyak istana milik Sultan Melayu, Istana Negara yang terletak di Jalan Istana ini mula dibina oleh Chan Wing pada tahun 1928 dan dipilih sebagai simbol ‘Sistem Raja Berpelembagaan Malaysia’.

Istana Negara baharu telah dibina pada 15 November 2011 di Jalan Duta untuk menggantikan istana negara lama yang telah digunakan selama 83 tahun. Istana ini dibina dengan tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja, dan Komponen Pentadbiran, dengan elemen Islam dan Melayu diterapkan dalam hiasan lampu, dinding, dan lantai.

Sebagai rakyat, anda hanya boleh memasuki istana melalui pintu ketiga kerana pintu 1 dan 2 adalah untuk laluan raja-raja dan tetamu diraja.

Yang Di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dan Permaisuri Agong ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

2. Istana Abu Bakar – Keluarga Diraja Pahang

Istana Abu Bakar adalah istana rasmi yang digunakan untuk urusan seperti pengurniaan darjah kebesaran dan terdapat Balairung Seni. Istana ini dibina pada awal 1960-an.

Keluarga Diraja Pahang mempunyai 15 buah istana yang masing-masing mempunyai fungsi tertentu dan diduduki oleh anggota keluarga diraja.

3. Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah – Keluarga Diraja Pahang

Putera sulung Sultan dan Sultanah Pahang ini terkenal dengan sikap pemalu hingga digelar Mommy’s Boy oleh netizen. Tengku Hassanal gemar mencemar duli dengan aktiviti kemasyarakatan bersama rakyat Pahang dan sering mempamerkan kehidupannya di media sosial.

4. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah – Keluarga Diraja Pahang

Tengku Puteri Afzan Aminah terkenal di Twitter dengan personaliti mesra rakyat dan mempunyai 244.5k pengikut. Beliau juga sering menggayakan pakaian yang nampak mewah dengan sulaman dan batu permata yang mahal. Tengku Afzan dan keluarga sering makan bersama di meja yang besar di bawah cahaya Chandelier.

5. Istana Bukit Serene – Keluarga Diraja Johor

Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor, menghadap Selat Johor dan siap dibina pada tahun 1939. Istana ini mempunyai menara setinggi 35 meter yang boleh nampak sampai ke Singapura.

6. Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) – Keluarga Diraja Johor

Tunku Mahkota Johor (TMJ) mempunyai 3.2 juta pengikut di Instagram. Beliau dikenali dengan bakat dalam sukan polo dan bola sepak, serta gemar berkongsi gambar kehidupan mewah di istana di media sosial.

7. Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim – Keluarga Diraja Johor

Tunku Idris, anak ketiga Sultan Johor, dikenali dengan minatnya terhadap haiwan eksotik dan kereta mewah yang sering dipaparkan di Instagramnya.

8. Istana Alam Shah – Keluarga Diraja Selangor

Istana Alam Shah di Klang, dibina pada tahun 1905, adalah kediaman rasmi Sultan Selangor. Ia mempunyai 15 bilik dan dibina menggunakan kayu dan marmar.

9. Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah – Keluarga Diraja Selangor

Tengku Amir Shah dikenali dengan kebajikan rakyat Selangor dan aktif dalam pertubuhan kebajikan seperti Selangor Cheshire Home, Make a Wish, dan Yayasan Raja Muda Selangor.

10. Che Puan Juliana Sophie Evans – Keluarga Diraja Selangor

Juliana Evans, pelakon terkenal yang berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017, juga berjaya dalam bisnesnya, Jevans Jewelry, serta memikul tanggungjawab sebagai Penaung Kelab Ultimate Trampoline dan Duta Pelancongan Selangor.

11. Istana Besar Seri Menanti – Keluarga Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Istana Besar Seri Menanti adalah kediaman rasmi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menggantikan Istana Lama Seri Menanti yang kini menjadi muzium.

12. Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz – Keluarga Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Tunku Zain, dikenali sebagai Tunku ‘Abidin Muhriz, aktif dalam pelbagai pertubuhan seperti Ideas Malaysia, Ideas Autism Centre, dan Yayasan Chow Kit.

13. Sultan Muhammad V – Keluarga Diraja Kelantan

Sultan Muhammad V adalah Yang Di-Pertuan Agong yang meletakkan jawatan selepas 3 tahun berkhidmat. Istana Sultan Kelantan, walaupun nampak “biasa”, masih mengekalkan kemewahan sesuai dengan statusnya sebagai kediaman rasmi Sultan.

14. Istana Iskandariah Kuala Kangsar – Keluarga Diraja Perak

Istana Iskandariah di Kuala Kangsar adalah tempat bersemayam Sultan Perak yang siap dibina pada tahun 1933. Seni binanya menggabungkan seni bina Islam-India dan Asia Barat.

Sultan Perak sekarang ialah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dimasyhurkan pada tahun 2014. Beliau mempunyai masters dari Universiti Oxford dan PhD dari Universiti Harvard.

BACA: 6 faktor gadis bujang idamkan suami orang – “Isteri kena jaga-jaga!”