Realtime website trackingweb stats

Terbeli kereta kemalangan, lelaki kongsi cara ketahui kereta pernah kemalangan atau tidak

Oleh SHAZLIN AZIZ

Tidak semua orang mampu membeli kereta baharu, jadi tidak hairanlah jika sesetengah orang memilih untuk membeli kereta terpakai.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @allif.aiman berkongsi pengalaman pahitnya selepas tertipu ketika membeli kereta terpakai.

Dalam video tersebut, Allif meluahkan kekecewaannya kerana mendapati kereta yang dibelinya sebenarnya merupakan kereta yang pernah mengalami kemalangan.

Dia juga menunjukkan cara untuk memeriksa sama ada sebuah kereta pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.

Menurutnya, kesilapannya adalah tidak memeriksa bahagian rangka kereta dengan teliti sebelum membeli.

Terbeli kereta kemalangan, lelaki kongsi cara ketahui kereta pernah kemalangan atau tidak

Setelah pemeriksaan lebih mendalam, ternyata kereta yang dimilikinya itu memang pernah terlibat dalam kemalangan.

Allif menambah bahawa terdapat banyak cara lain untuk mengetahui sejarah kemalangan sesebuah kereta, dan ini hanyalah salah satu daripada cara yang mudah.

Perkongsiannya itu menarik perhatian ramai dan kebanyakan netizen menyarankan agar sesiapa yang ingin membeli kereta terpakai perlu membawa seseorang yang berpengalaman dalam memeriksa keadaan kereta.

Selain itu, ramai netizen juga terkejut bagaimana kereta yang pernah kemalangan boleh melepasi pemeriksaan Puspakom.

Mereka juga menekankan bahawa jika harga kereta terlalu murah berbanding harga pasaran, pembeli perlu melakukan pemeriksaan yang teliti sebelum membeli.

BACA: 25 tahun berhabis RM500,000 demi menjadi ibu, akhirnya hamil di usia 53 tahun