Tidak kiralah di mana industri kita bekerja, tekanan dari pihak atasan ataupun rakan sekerja pastinya wujud dan persiapan mental juga perlu kuat.
Selepas 15 tahun bekerja di agensi berita, Nianan tidak lagi sanggup menghadap tekanan kerja yang berterusan.
“Mengapa kamu tidak berhenti kerja sahaja?”, ibu bapa Nianan menyoalnya selepas melihat dirinya yang sering bergelut di tempat kerja.
Simpati akan si anak, ibu bapanya menawarkan bayaran 4,000 yuan (RM2,601) sebulan
yang diambil daripada wang pencen bulanan mereka berjumlah 10,000 yuan (RM6,504).
Mungkin sudah penat dengan bebanan kerja, Nainan memutuskan untuk berhenti dan mengalas tanggung jawab dengan menjadi ‘anak perempuan sepenuh masa’.
Menurut lapor laman berita Wion News, Nianan memaklumkan bahawa kerja barunya ini dipenuhi kasih sayang.
Malah wanita itu turut meluangkan satu jam sehari untuk menari atau membeli-belah bersama ibu bapanya dan di waktu malam dia akan masak bersama bapanya.
Tidak hanya itu, Nianan juga menguruskan semua peranti elektronik, memandu kereta dan mencadangkan satu atau dua percutian keluarga pada setiap bulan.
Baca juga: Atlet breakdance Australia pertahan tarian peliknya anggap pengkritik tak faham seni