Realtime website trackingweb stats

‘Allah pilih kita, jangan bersedih atas ujian’ Petikan nasihat Kazar raih perhatian

Oleh NUR KASIH

Pelakon veteran, Kazar Saisi, telah menarik perhatian ramai dengan perkongsian nasihatnya mengenai dugaan dalam kehidupan melalui Insta-storynya.

Dalam hantaran tersebut, Kazar menegaskan bahawa setiap individu perlu berlapang dada dalam menghadapi ujian yang diberikan.

“Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu, tidak kira apa situasi yang kita lalui sekarang, Allah telah memilih kita. Jangan bersedih atau merungut.

“Allah tahu apa yang terbaik dan Dia akan memberikan yang terbaik walaupun ia memerlukan masa. Bersyukurlah untuk segala-galanya. Ucapkan Alhamdulillah,” ujarnya.

Kebelakangan ini, terdapat laporan mengenai anak perempuan Kazar, Ira,

'Allah pilih kita, jangan bersedih atas ujian' Petikan nasihat Kazar raih perhatian

atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, yang dikatakan bakal bercerai dengan suaminya, pengarah popular Syamsul Yusof.

Perkara ini disahkan oleh peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul, yang memaklumkan bahawa permohonan cerai telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menurut Azmi, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memfailkan perceraian kerana terdapat ketidakselesaan antara mereka.

Sebelum ini, Syamsul dan Ira mengejutkan industri hiburan apabila mereka melangsungkan perkahwinan di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.

BACA: Terpaksa tebuk tiga lubang diperut, rupanya Dato Awie menghidap penyakit ini