Realtime website trackingweb stats

Pemuda ajar cara singkir bau busuk aircond kereta pasti selamat poket hujung-hujang bulan

Oleh NUR KASIH

Kehadiran bau busuk dalam kereta pastinya akan menyebabkan ketidakselesaan ketika memandu.

Bau busuk ini biasanya timbul selepas pendingin hawa kereta dihidupkan.

Menurut akaun TikTok Altimat Auto Garage, anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi menangani masalah ini.

Sebaliknya, bau busuk ini boleh diatasi dengan beberapa langkah mudah sahaja.

“Apabila anda menghidupkan aircond kereta, bau busuk mungkin muncul. Ini biasanya disebabkan oleh kulat dan bakteria yang berkembang pada cooling coil.

Pemuda ajar cara singkir bau busuk aircond kereta pasti selamat poket hujung-hujang bulan

“Cara untuk menghilangkan bau busuk ini sebenarnya mudah sahaja. Anda tidak perlu panik atau membelanjakan wang untuk menukar komponen.

“Insya-Allah, dengan mengikuti langkah-langkah ini, masalah bau busuk pada aircond akan selesai,” ujar pemuda yang membuat penerangan dalam video tersebut.
Langkah-langkahnya:

1. Tetapkan temperature kereta anda pada kekuatan paling perlahan, kipas blower pula perlu ditetapkan pada kekuatan paling tinggi.

2. Biarkan suis aircond dimatikan.

3. Untuk circulation mood pula, tetapkan ia pada inside circulation

4. Selepas itu tutup pintu dan tingkap kereta, biarkan lima sehingga 10 minit.

5. Selesai empat langkah di atas, anda perlu tetapkan temperature pada kekuatan paling tinggi, begitu juga dengan kipas blower.

6. Kemudian, hidupkan suis aircond, circulation mode pula tetapkan kepada outside circulation.

7. Akhir sekali, buka semua tingkap kereta dan biarkan tiga hingga lima minit.

BACa: Tak sangka! Rupanya ini penempatan yang dihuni wanita cantik bak bidadari