Realtime website trackingweb stats

Menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, akhirnya Polis buka mulut kes Muhyiddin

Oleh NUR KASIH

Polis akan memanggil Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk memberi keterangan pada Selasa ini

Berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata setakat ini pihaknya telah menerima 29 laporan

Daripada pelbagai pihak mengenai isu tersebut.

“Kami memanggil beliau untuk hadir memberi keterangan pada 20 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, akhirnya Polis buka mulut kes Muhyiddin

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang,

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, melalui hantaran di laman Facebook semalam,

melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

BACA: Nak simpan daun pandan hijau tak layu sampai berbulan lamanya? Ini cara ramai mak-mak nak tahu