Aufahanie, kakak kepada Allahyarham Muhammad Nidza Afham, telah meminta netizen agar
menghentikan dan memadam gambar mayat abangnya yang tular di media sosial sejak semalam.
Dalam hantaran di Instagram Story, Aufahanie memohon agar mereka yang berkongsi gambar tersebut untuk menghormati perasaan keluarga mereka.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Allahyarham Nidza Afham hilang selepas keluar berjogging di Stadium Klang
, Selangor sekitar jam 11.53 malam semalam. Dompet dan telefon bimbitnya kemudian ditemui di Jambatan Sungai Klang.
Menurut kronologi yang dikongsi oleh Aufahanie, arwah hanya membalas mesej keluarga pada pukul 9.04 malam, dan itu adalah komunikasi terakhir sebelum dia hilang.
Malam semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa mayat lelaki dewasa yang ditemui di Sungai Klang adalah Muhammad Nidza Afham.
Menurut Kosmo, proses bedah siasat jenazah masih berjalan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam.
Dalam hantaran di X oleh kakak arwah, dinyatakan bahawa Nidza Afham akan dikebumikan di Puncak Alam selepas solat Zohor.
Solat jenazah akan diadakan di Masjid Puncak Alam sebelum pengebumian di tapak perkuburan Felda Bukit Cherakah berhampiran SMK Puncak Alam.
BACA: Cara mudahkan anak darjah 1 tukar jadual sendiri, pasti pandai tanpa bantuan ibu bapa