ika brek kereta korang tiba-tiba rosak atau gagal untuk berfungsi ia boleh mengakibatkan kemalangan sewaktu memandu.
Cuba korang bayangkan apabila sedang memandu pada kelajuan yang agak tinggi,
Ditambah pula ketika sedang melalui jalan yang berbukit, sudah pasti sesiapa sahaja akan berasa cemas dan panik apabila brek buat hal.
Berikut adalah perkongsian mengenai beberapa tips yang perlu korang lakukan sebaik sahaja mendapati brek gagal berfungsi sewaktu sedang memandu.
Guna handbrake
Jika korang dalam situasi berkenaan, jangan panik. Biarpun brek kaki tidak berfungsi, kenderaan korang masih mempunyai handbrake.
Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake perlahan-lahan. Menarik dengan tergesa-gesa akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
Pam brek kaki untuk menjana tekanan hidraulik
Tip yang kedua adalah korang boleh cuba tekan brek kaki berkali-kali seperti mengepam.
Sebenarnya, proses ini bertujuan untuk melihat sekiranya masih ada ‘saki-baki’ tekanan dalam sistem hidraulik.
Jika terasa seperti mempunyai tekanan, cuba tekan pedal brek sehingga maksimum mungkin dan kekalkannya sehingga kenderaan korang akhirnya berhenti.
Angkat kaki dari pedal minyak
Kekal tenang dan angkat kaki korang dari pedal minyak untuk mengelakkan korang menambahkan kelajuan kenderaan.
Jangan matikan enjin
Tindakan ini boleh menjadi punca kenderaan terbabas secara mengejut. Lebih bahaya, ia juga boleh menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan pemandu hilang kawalan secara tiba-tiba.
Kawal kenderaan
Apabila kelajuan kenderaan semakin perlahan, perlahan-lahan kawal stereng dan cari lokasi sesuai untuk memberhentikan kenderaan.
Sebaiknya, di bahu jalan atau kawasan yang tidak menghalang kenderaan lain.
Guna penghadang
Ini adalah pilihan terakhir sekiranya korang terdesak untuk memperlahankan kenderaan.
Kekal tenang dan lihat apa saja halangan yang mungkin boleh menghentikan kenderaan seperti penghadang, semak samun atau sebagainya.
Apabila kereta korang sudah dapat diberhentikan dengan selamat, keluarlah dari kenderaan, pasang lampu kecemasan dan telefon pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan.
Baca Lagi: Berfesyen sampai abai hukum agama, seorang ayah boleh lucut hak jadi wali