Realtime website trackingweb stats

Cara buat udang buttermilk paling mudah dan sedap

Oleh SHAZLIN AZIZ

Udang adalah salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai.

Resepi buttermilk adalah salah satu masakan yang menjadi pilihan ramai

Kerana tidak pedas dan sesuai dimakan oleh semua golongan termasuklah kanak-kanak.

1. Resepi ini lebih sesuai dimasak menggunakan udang yang bersaiz xxL kerana rasanya lebih manis.

Bahan-bahan

Cara buat udang buttermilk paling mudah dan sedap

Udang galah – ( saiz besar/ sederhana )
Mentega
½ tin susu cair – ( nak berkuah boleh letak lebih )
7 ulas bawang putih ( dikisar halus )
Cili api (tumbuk/kisar halus bersama bawang putih)
Perasa secukupnya
Cara Penyediaan

1. Goreng udang terlebih dahulu dengan mentega sehingga agak garing lalu asingkan.

2. Guna minyak bekas goreng udang tadi untuk tumis bawang putih dan cili padi.

3. Setelah bahan kisar garing, masukkan susu cair dan serbuk perasa.

4. Kacau sebati. dan masukkan udang lalu kacau sehingga sebati.

5. Masak sehingga pekat. Angakt dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Nota

1. Resepi ini lebih sesuai dimasak menggunakan udang yang bersaiz xxL kerana rasanya lebih manis.

2. Kepedasan resepi ini bergantung kepada jumlah cili yang digunakan.

3. Resepi ini juga sesuai dimasak dengan ayam .

4. Selain daripada digoreng terlebih dahulu dengan mentega , udang juga boleh digoreng tepung terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah.

5. Selain susu cair , boleh juga gunakan santan atau susu segar .

BACA: Berfesyen sampai abai hukum agama, seorang ayah boleh lucut hak jadi wali